Hari Keluarga KUIK Meriah

MARANG, 17 Sept:ย Majlis sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT telah di adakan pada pagi tadi mulai jam 8 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di Angulia Beach Resort Marang Terengganu. Kehadiran sebahagian besar guru, kakitangan serta ย anak mereka menambahkan lagi suasana kemeriahan tersebut.

Pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan bayi pintar , sukaneka untuk kanak-kanak serta acara untuk dewasa. Paling mencuri tumpuan pada pagi ini kehadiran puan pengetua sama-sama menyertai permainan ‘sumbat gol’ dengan tendangan yang mencuit hati semua hadirin.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.