KUALA LUMPUR, 13 Sept: Seramai 92 orang pengetua seluruh negara telah menerima anugerah Tawaran Baru Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) Pendidikan 2010 yang julung kali diadakan.

Penyampaian anugerah ini telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara Kuala Lumpur hari ini dan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Pengetua Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu yang kini dikenali dengan nama SM Imtiaz Kuala Terengganu KOSPINT, Puan Mardziah binti Che Abdullah merupakan salah seorang penerima anugerah tersebut.

Kejayaan beliau ini telah memberikan kesan yang positif untuk kemajuan sekolah. Tahniah juga kepada semua guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan misi dan visi sekolah untuk menjadikan pelajar generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama pada tahun 2012.

Klik di sini untuk gambar selanjutnya.