KUALA TERENGGANU, 2 jan: Program Hafazan yang diadakan mulai 25 Disember 2011 yang lalu telahpun berakhir petang tadi. Program ini diadakan selama 9 hari.

Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, beliau melahirkan rasa gembira dengan tahap pencapaian semua pelajar yang terlibat dengan program ini. Walaupun diadakan dalam cuti persekolahan akhir tahun lepas, namun dengan semangat ingin melihat anak-anak pelajar cemerlang dalam bidang hafazan, semua guru yang ditugaskan  telah menjalankan amanah yang diberi.

Menurut beliau lagi, Program ini dijalankan sebelah pagi, petang dan malam. Semoga program ini akan memberi suntikan dan nafas baru bagi meneruskan kesinambungan pada tahun ini.