12 Orang Pengakap Remaja dan 1 Orang Pemimpin Pengakap Sertai Program Kem Lencana Tertinggi Kemahiran Ketua Patrol Peringkat Negeri Terengganu 2017

757fa85f-557a-4b3c-9495-7038a2c9f28dKEMAMAN , 25 April : Seramai 12 org pengakap remaja dan seorang pemimpin pengakap telah menyertai program Kem Lencana Tertinggi Kemahiran Ketua Patrol Peringkat Negeri Terengganu 2017 yang telah diadakan pada 20 – 22 April yang lalu di SMK Kampung Baru , Kerteh Kemaman.

Program ini dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kemaman dan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.

Kem ini bermatlamat untuk memupuk semangat dan menggilap potensi diri ahli pengakap yang merupakan Ketua Patrol di sekolah.

Kem ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran dan memupuk kekuatan dari segi fizikal dan mental ahli pengakap untuk mengharungi pelbagai cabaran di msa akan datang.

7e708335-6d27-4401-a71f-8cc8a7a484b0c8c95d02-2733-4de9-bbd6-eeeea5fa2da73f5ac58f-fc32-4292-b5c3-da2fc110ab5e1dc48e47-177e-4606-92bb-296105b539fb

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

Program Jejak Penyelamat Al Fateh Kadet Bomba & Penyelamat SMIYTKT

ba289f22-4dc1-413d-b0c2-b1eeff86a30cWAKAF TAPAI , 23 April : Seramai 62 orang pelajar ( 39 lelaki dan 23 perempuan ) hari ini telah mengikuti Program Jejak Penyelamat Al Fateh Kadet Bomba dan Penyelamat di Akademi Bomba Wakaf Tapai.

Penasihat Kadet Bomba & Penyelamat SMIYT K.Trg , Puan Anis Norhana turut menghadiri program tersebut.

f5cdcfcc-3cd2-4391-93ff-7cd449c97f48ec3aaae0-1300-4bd1-a4d6-a144f3fc3c16ba289f22-4dc1-413d-b0c2-b1eeff86a30c974a9a81-53b4-4a30-a4a8-5c3bc6f2024a80f00fa3-8f16-46ad-9b8e-d8f388e9cc350d984b76-be38-4fff-9207-2a413e157635

Lawatan Penanda Aras APPI DAN YAYASAN BAHAN CITA MALANG INDONESIA

4d49a628-23ec-448e-916e-c1355d08c071SMIYT KTRG SBT , 23 April : Seramai 9 orang pegawai dari ASOSIASI PENDIDIK & PENGEMBANG PENDIDIKAN INDONESIA (APPPI), MALANG INDONESIA DAN YAYASAN BAHANA CITA PERSADA MALANG, INDONESIA telah melawati sekolah ini pagi tadi.

Rombongan diketuai oleh DR. ISNANDAR, M.T(KETUA ASOSIASI PENDIDIK & PENGEMBANG PENDIDIKAN INDONESIA DAN H.ELWAN HAFWAN HADIWIJAYA S.T (KETUA YAYASAN BAHANA CITA PERSADA MALANG)

Mereka kemudian di bawa ke bilik Mesyuarat Utama bagi mendengar taklimat ringkas oleh Pemangku Pengetua , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

935fdbdb-6042-4e6b-9f0a-f295083d24d0122a850e-2b00-4fde-822d-106ab84dc049762f94b5-402e-4b38-944c-fc0e9981a7e01728017f-7a24-4715-9237-f0db19ad90b3

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tuan Haji Khairi Lancar i-Cute TV PSS SMIYTKT 2017

e9343d9a-6de3-4e9f-bdc8-ddf19ac147c4SMIYT KTRG SBT , 23 April : Majlis Pelancaran Program NILAM, Kem Membaca 1 Malaysia dan i-Cute TV PSS telah disempurnakan oleh Tuan Haji Khairi bin Mohd Noor , Timbalan PPD Kuala Terengganu.

Majlis ini juga dihadiri Pemangku Pengetua , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani serta semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan , semua guru serta pelajar.

aa59f62a-d895-4c8b-9abc-fbdb61f104d6 0cef75ac-e1c9-406a-aec1-f771d7f087d41a7b2b1a-141e-4b45-8914-aa9c339a4813

2be10c20-61db-4c60-98a2-53207f2716b55fd6b916-fc3c-48f0-a765-10a99640b637418b152b-7551-4aeb-a8df-67b7c8a959c5

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.