Y.B Ghazali Taib Rasmi Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Peringkat Negeri Terengganu

9c5577ca-5d20-49b7-97dc-ee38820e2690KUALA TERENGGANU , 26 April : Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Y.B Ghazali bin Taib , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi , Multimedia dan Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu hari ini di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Dalam masa yang sama juga Team TV PSS i-Cute sempat menemubual beberapa orang pegawai sebagai koleksi sekolah.

e59199f3-18ef-4ae2-91a8-afccc4484b892254db2e-5e6f-4c83-ada6-72539e634161e20017ec-7793-4f7d-b120-8a144bc8a3d84e0df026-7a0d-4796-9170-1fcadf4eae57

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

2 Emas Milik imtiaz YT Kuala Terengganu Dalam Pertandingan MSU Running Math 2017, Peringkat Negeri Terengganu

2d243a36-d137-4fb3-94e1-3c83d301186e KUALA TERENGGANU , 26 April : Ridwan Shahmi dan Ahmad farhan masing-masing dari Tingkatan 5 telah mendapat pingat Emas dalam Pertandingan MSU Running Math 2017, Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di SMK Dato’ Razali Ismail pada 22 April yang lalu.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh MSU University dengan kerjasama JPN Terengganu.

Tahniah dan syabas!!!

fd9e176e-03b0-46b9-9f8f-45341b337edca282ccb7-e2c9-48a8-99fc-f6005dd1b723eac5dd8d-7429-4499-bd8e-bd269724ef98e73a9be3-9e39-425b-844d-21d30caca46a98e3a495-215e-4875-9b10-2cddb036000a24e21212-9534-4fbc-8ba9-86a919b2cf6128582c6b-a12b-47d4-94ff-2550fc7f9da8

Shabaabul Fateh Johan Nasyid Peringkat Daerah Kuala Terengganu

3a5bb263-d86e-4437-a1f6-b943afff61b3KUALA TERENGGANU , 26 April : Sekalung tahniah dan syabas kepada anak soleh pintar dari SM imtiaz YT Kuala Terengganu yang menggelarkan kumpulan nasyid Shabaabul Fateh telah menjuarai acara Nasyid Peringkat Daerah Kuala Terengganu pada 20 April yang lalu bertempat di SMK Sri Nilam Kuala Terengganu.

Pasukan nasyid ini akan mewakili Daerah Kuala Terengganu Ke Peringkat Negeri.

Berikut adalah senarai pasukan yang akan mewakili daerah masing-masing ke peringkat Negeri Terengganu

Kuala Nerus- SBPI Batu Rakit
Marang- SMKA Durian Guling
Hulu Terengganu- SMA Mahmudiah
Dungun- SMK Sura
Kemaman- SMK Mak Lagam
Kuala Terengganu- SM imtiaz YT Kuala Terengganu
Setiu- SMK Lembah Bidong
Besut-SMKA Nurul Ittifak

a4f7cd66-f220-427c-bb8c-0d8222fcd5f299624f58-eed8-4722-9672-688c58d18e157789d239-79fd-4ffe-8eea-5c8d6144b174 (1)0750e9c6-ed14-4981-adcb-7ce58fd48c486d57bdc8-8d96-496c-8949-d9cbf304a7863a5bb263-d86e-4437-a1f6-b943afff61b3

 

Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2017 – Jom Membaca

970d093b-2992-4642-909b-ea353deefe73SMIYT KTRG SBT , 25 April : Sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2017 , aktiviti membaca selama 10 minit telah diadakan jam 11 pagi tadi serentak seluruh Negeri di Dewan Asyatibi.

Ianya adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu.

6bc043e1-8d5d-4d8d-a1bb-59784f490a52 (1)d41e54e8-08d6-4179-9735-b3dd27c00c812c56fe83-c050-4751-9bc5-19c23a0bea2bb8c4f116-71e8-4ba4-a38e-06fbbccec57319848ab3-d273-4fde-8e27-7dab36f841aa8cc4d32b-7640-4b60-9852-33d7f7f43ddc970d093b-2992-4642-909b-ea353deefe73

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.