PKS Kebangsaan Tamu dari SMK Abu Bakar Baginda Bangi Selangor

874bad66-b226-4533-8a5f-07f4fc0ee8b4PULAU KAPAS , 23 April : Koperasi Sekolah dengan kerjasama ANGKASA Kebangsaan telah menerima tamu dari SMK Abu Bakar, Bangi Selangor dalam Program Koperasi Sekolah seramai 36 tamu.

Tamu telah di bawa ke Pulau Kapas bagi melengkapkan aktiviti program tersebut. Mereka juga telah dibawa melawat Taman Tamadun Islam bergantung kepada pakej PKS yang ditetapkan. Program tersebut telah bermula pada 22 hingga 23 April yang lalu.

e556693d-4bc2-4eaf-997c-9237ff7b32df97ed8c3e-ba2f-4f1c-a1c8-c8af32f5ef1f40a5ce07-e2bc-4629-9ba6-e5bda04207b2

Kem Gegar Gemilang Pencapaian Terbilang SPM 2017

96a9048b-e5ac-4c6c-9d77-e1a6b8bc393cMARANG , 23 April: Seramai 99 pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Kem tersebut di Anggulia Beach Resort Marang Terengganu yang bermula pada 20 hingga 22 April yang lalu.

Tujuan Kem ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi akademik bagi persiapan menghadapi peperiksaan SPM nanti.

8e945503-f652-4e06-8484-0a1bda90e321742c7f5e-4167-416d-860c-32a664562dea96a9048b-e5ac-4c6c-9d77-e1a6b8bc393cae618016-ed4f-4cbf-974e-6eea43cd55b9

PENTAKSIRAN UJIAN LISAN (BERTUTUR) BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS BAGI TINGKATAN 3

0528de29-97eb-4fe3-bbe7-d7c502441552SMIYT KTRG SBT , 17 April : Ujian Pentaksiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ( ujian lisan ) telah bermula hari ini dan akan berakhir pada 18 April .

Ujian ini berfokus kepada tingkatan 3 kerana pada tahun ini mereka akan menduduki PT3 2017.

Semoga semua pelajar yang terlibat mendapat kejayaan yang cemelang.

f3db1b91-92b1-471b-812d-2200dbd7034debe70d1b-c02e-499c-bb71-7418576ebee7da5eb17a-7a2a-4c8a-a484-ea593217fc3376f10c15-b405-45ab-8513-77c58dab2131

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

 

Ujian Menghafaz Al Quran Pelajar-Pelajar Daerah Kuala Terengganu

fb9a4251-7d5e-4e2c-89fa-a86313088d93 122e4f48-03a2-4283-9431-fcea4f74dc29SMIYT KTRG SBT , 17 April : Hari ini telah diadakan majlis Ujian menghafaz Al Quran bagi pelajar sekolah Daerah Kuala Terengganu.

Kumpulan sasar bagi ujian ini ialah dari pelajar tingkatan 2 hingga 5 yang telah diadakan di dewan Asyatibi.

Semoga semua pelajar terlibat mendapat keputusan yang cemerlang.

fb9a4251-7d5e-4e2c-89fa-a86313088d9367f0f1bf-ef5d-4c62-bbad-af3845e572da112dac52-7f8e-4245-b3a9-9944528365a4122e4f48-03a2-4283-9431-fcea4f74dc29

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.