757fa85f-557a-4b3c-9495-7038a2c9f28dKEMAMAN , 25 April : Seramai 12 org pengakap remaja dan seorang pemimpin pengakap telah menyertai program Kem Lencana Tertinggi Kemahiran Ketua Patrol Peringkat Negeri Terengganu 2017 yang telah diadakan pada 20 – 22 April yang lalu di SMK Kampung Baru , Kerteh Kemaman.

Program ini dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kemaman dan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.

Kem ini bermatlamat untuk memupuk semangat dan menggilap potensi diri ahli pengakap yang merupakan Ketua Patrol di sekolah.

Kem ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran dan memupuk kekuatan dari segi fizikal dan mental ahli pengakap untuk mengharungi pelbagai cabaran di msa akan datang.

7e708335-6d27-4401-a71f-8cc8a7a484b0c8c95d02-2733-4de9-bbd6-eeeea5fa2da73f5ac58f-fc32-4292-b5c3-da2fc110ab5e1dc48e47-177e-4606-92bb-296105b539fb

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI