27 Ogos 2024 – Imtiaz YT Kuala Terengganu menjadi tuan rumah bagi program Kolaborasi Biologi Anjuran PPDKT dengan kerjasama SESTER dan IKT bagi Zon 5 Kluster Cemerlang
Program ini di adakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Penceramah bagi program ini ialah Cikgu Najibah binti Mamat , mantan Guru Cemerlang Biologi.
Semoga program ini memberi seribu makna kepada pelajar yang terlibat agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
( program kolaborasi Biologi PPDKT kerjasama dgn SESTER dan IKT – Zon 5 kluster cemerlang)*
25 Ogos 2024 – Seramai 104 Majlis Pengawas Murid ( MPM ) yang terdir daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah menghadiri Kem Pemantapan Kepimpinan MPM yang diadakan bermula 23 – 25 Ogos 2024 bertempat di RAMD 18 ( Para ) Kem Seri Apantai Kuala Nerus Terengganu.
Ianya adalah anjuran Unit HEM SMIYKT yang bertujuan mendedahan kepada pengawas agar sentiada cakna mengenai disiplin pelajar serta dapat mengeratkan hubungan 2 hala antara guru dan murid.
TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Soleh/Solehah Pintar IKT:
Johan Tilawah Lelaki 🥇AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI
Johan Tilawah Perempuan 🥇SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI
Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki 🥇MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN
Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Perempuan 🥇NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE
Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki 🥇MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD
Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Perempuan 🥇AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN
Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MR 🥇ABDUL AZIZ BIN SALAHUDIN
Johan Qiraat Sab’ah Perempuan MA 🥇NAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN
Naib Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MA 🥈AMIRUL WAJDI BANIN BIN MOHD SALIM
Ke-3 Qiraat Sab’ah Perempuan MR 🥉NUR BAHIRAH BINTI SUHAMI
Ke-3 Hafazan Surah Pilihan Perempuan 🥉DHIA KHAIRANI BINTI OMAR
Ke-3 Kuiz Ilmu Wahyu 🥉MUHAMMAD SAFWAN BIN ZULKIFLE 🥉MUHAMMAD HANIF ILMAN BIN MOHD HAZRUL 🥉MUHAMMAD MUQRI WAFA BIN ROSLAN
Saguhati Hafazan Surah Pilihan Lelaki 🏅WAN IKRAM HAFIY BIN WAN KHAIRUDDIN
atas sumbangan mewakili Sekolah ke Peringkat Daerah.
Pelajar-pelajar yang menjadi JOHAN akan mewakili Daerah Kuala Terengganu ke peringkat Negeri Terengganu pada 27 Ogos 2024 di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut.
🧕🏻🧑🏻 Guru Pembimbing: 🔸Ustaz Mohd Izzat B. Mat Nor 🔸Ustaz Mohd Fakhruddin bin Mat Ripin 🔸Ustaz Ahmad Syahir bin Yahaya 🔸Ustazah Mariyah binti Taib 🔸Ustazah Siti Fatimah binti Salleh 🔸Ustaz Muhammad Nasharuddin bin Ismail 🔸Ustazah Siti Nasuha binti Marzuki 🔸Ustaz Muhamad Arif bin Yusoff 🔸Ustazah Aniqah binti Haji Azlan 🔸Ustaz Zakaria bin Mohamad 🔸Ustazah Nurul Izzah binti Muda
Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.
21 Ogos 2024 – Semua sekolah di bawah Yayasan Terengganu yang diwakili oleh semua Penolong kanan Hala Ehwal Murid dan semua Warden Khas telah menghadiri Kursus Pemantapan Kemahiran Warden Asrama pada 20 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Terengganu.
Sekolah ini telah diwakili oleh Encik Soohaimy bin Embong selaku Penolong Kanan HHEM , Encik Muhammad Amir bin Zulkiffeli dan Puan Norhafiza binti Abd Wahab selaku Warden Khas.
Ianya bertujuan bagi memantapkan lagi peranan sebagai warden khas di asrama agar pelajar sentiasa peka dan cakna serta mematuhi peraturan dengan lebih baik.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nazri bin Muda , Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.
Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.
Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.
Penubuhan KOSPINT
Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.
Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.
Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.
Perkembangan dan Pengiktirafan
Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Dato’ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.