Nurfaez Azwany Ke Sukan SUKMA

Nurfaez Azwany binti Norfadzlly mengharumkan nama sekolah apabila beliau telah mewakili Negeri Terengganu dalam acara catur ke Sukan Malayisa (SUKMA) XXI yang bemula 17 – 26 Ogos 2024 di Kuching , Sarawak.

Semoga anak solehah pintar ini akan membawa kejayaan yang cemerlang.

๐˜›๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜—๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณย #๐˜ช๐˜’๐˜›ย ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช๐˜ฑ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข ๐˜š๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข (๐˜š๐˜œ๐˜’๐˜”๐˜ˆ) ๐˜Ÿ๐˜Ÿ๐˜ ๐˜š๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜ž๐˜ˆ๐˜’ 2024.

Huffaz Worrios

20 Ogos 2024- Program Huffaz Worrios anjuran Unit Ulul Albab khas untuk tingkatan 1 di adakan pada hari ini di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai.

Gambar lain klik DI SINI

Hari Koperasi Sekolah Datang Lagi!!

Koperasi Sekolah dengan kerjasama Unir kemanusiaan , Pusat Sumber Sekolah dan Unit Pengurusan kantin akan mengadakan Hari Koperasi Sekolah 2024 yang akan di adakan bermula pada 21 & 22 Ogos 2024 , pelbagai aktiviti menarik akan diadakan.

Antara acara menarik ialah

  1. Jualan Gerai
  2. Sukan Rakyat
  3. Pameran Khat
  4. Pameran dan Saringan Kesihatan
  5. Pertandingan Mewarna
  6. Pertandingan Azan & Kuiz
  7. Jualan Buku
  8. Supa Dupa
  9. Malam Kebudayaan

Ayuh!! sama-sama memeriahkan acara tersebut. ibubaapa dijemput hadir

Imtiaz KT Berjaya mengungguli INTERNATIONAL SUMMER CAMP INNOVATION OLYMPIAD WORKSHOP & STUDY TOUR

19 Ogos 2024-

Pada 7-8 Ogos yg laluโ€ฆ Seramai 4 orang Anak Soleh Pintar IKT telah menyertai INTERNATIONAL SUMMER CAMP INNOVATION OLYMPIAD WORKSHOP & STUDY TOUR bertempat di Batu Tourism City,Surabaya,Jawa Timur, Indonesia

Dalam pertandingan itu, pelajar sekolah ini telah berjaya merangkul 5 kejayaan di peringkat antarabangsa melalui Projek iDEWS iaitu :

  1. Emas The Best Of The Best Award With Pure Gold
  2. Egyption SocietyFor Women & Young Inventor Special Award
  3. The First Place Gold Award
  4. The Special Award Gold
  5. The Best Presenter Award

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta serta guru pembimbing.

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganuย  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yangย  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripadaย  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ€™ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada Novemberย  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.ย  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahanย  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untukย  menjadikan sekolah iniย  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawahย  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin padaย  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blokย  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepakย  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnyaย  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)ย  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.ย  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.ย 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaituย  Allahyarham Datoโ€™ย  Razali Bin Ismail,ย  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.