Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Terengganu

18 Ogos 24 – Pada 15 dan 18 Ogos yang lalu, telah berlangsung Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di SMK Serada. Seramai 15 orang Anak Soleh Solehah Pintar IKT telah mewakili IKT dalam 7 acara yang dipertandingkan dan mendapat kejayaan seperti berikut:

Johan Tilawah Lelaki
🥇AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI

Johan Tilawah Perempuan
🥇SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki
🥇MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Perempuan
🥇NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki
🥇MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Perempuan
🥇AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN

Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MR
🥇ABDUL AZIZ BIN SALAHUDIN

Johan Qiraat Sab’ah Perempuan MA
🥇NAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN

Naib Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MA
🥈AMIRUL WAJDI BANIN BIN MOHD SALIM

Ke-3 Qiraat Sab’ah Perempuan MR
🥉NUR BAHIRAH BINTI SUHAMI

Ke-3 Hafazan Surah Pilihan Perempuan
🥉DHIA KHAIRANI BINTI OMAR

Ke-3 Kuiz Ilmu Wahyu
🥉MUHAMMAD SAFWAN BIN ZULKIFLE
🥉MUHAMMAD HANIF ILMAN BIN MOHD HAZRUL
🥉MUHAMMAD MUQRI WAFA BIN ROSLAN

Saguhati Hafazan Surah Pilihan Lelaki
🏅WAN IKRAM HAFIY BIN WAN KHAIRUDDIN

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Lawatan Antarabangsa Koperasi SM Imtiaz KT bersama Koperasi SM Surya Buana Jawa Timur

10 ogos 2024 –

Koperasi IMTIAZ YT K TRG melakar sejarah menjalinkan hubungan baharu dengan Sekolah Surya Buana di Jawa Timur, Surabaya pada 10hb Ogos 2024.
Peserta seramai 4 pelajar inovasi dan 10 guru yg diketuai tuan pengetua Cemerlang Us Imran B Md Nor sbg ketua delagasi

Tujuan jalinan bg berkongsi maklumat perniagaan dan produk yg dihasilkan kerana kedua dua buah sekolah dan koperasi ini masing2 mempunyai kekuatan .Antara produk IKT ialah khidmat runcit, air mineral dan pelancongan dan hasil usaha sama berbincang utk memajukan kop di peringkat antarabangsa

5 Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi,  iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.

Disukai Allah S.W.T

Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.

“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Diampunkan kesalahan dan dosa

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.

Dicukupkan rezeki setiap hari

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, 

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.

Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.

Masuk syurga dari istimewa

Golongan yang melazimi solat sunat ini akan dapat masuk syurga melalui pintu khas iaitu pintu dhuha. Ia menunjukkan golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh semua orang.

“Sesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:”

“Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani)

Doa mudah dimakbulkan

Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang dinginkan.

Prep Berfokus Di Asrama

Prep juga dikenali sebagai kelas persediaan belajar ini diadakan setiap hari khususnya pada waktu malam selepas solat isyak. Pelajar akan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Pada waktu inilah pelajar menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan dan juga berbincang dengan rakan lain berkenaan sesuatu mata pelajaran.

Kelas Persediaan belajar cara berfokus ini akan memberi tumpuan yang lebih agar dapat menghadapi sesi pembelajaran pada esok hari.

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.