Nurin Sakinah ke Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan.

29 Ogos 2024 – Tahniah dan syabas kepada Nurin Sakinah binti Mohd Soberi pelajar sekolah ini yang telah melayakkan beliau untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangssan kategori Sekolah Menengah ( Bahasa Melayu ) yang akan diadakan pada 20 hingga 24 Oktober 2024.

Ianya dianjurkan oleh bahagian Sumber dan Teknologi Kementerian Pendidikan Malaysia,

Tahniah dan syabas, semoga anak Solehah pintar ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

MAHRAJAN | 3 Pelajar Wakili Negeri Terengganu

28 Ogos2024 – Tahniah dan syabas kepada Anak Soleh & Solehah pintar IKT yang telah menyertai Mahrajan Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 27 Ogos 2024 di SMK Permaisuri Nur Zahirah Besut Terengganu.

3 Orang pelajar telah berjaya mendapat johan dan seterus mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh Perak pada September nanti. Mereka adalah Ahmad Fawwaz Hilmi bin Tarmizi ( Johan Tilawah Lelaki ) , Muhammad Aiman bin Faisal Mizan ( Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki ) dan Muhammad Habiburrahman bin Ahmad Fuad ( Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki )

Berikut adalah keputusan pertandingan ;

Johan Tilawah Lelaki
🥇AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki
🥇MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki
🥇MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Naib Johan Tilawah Perempuan
🥈SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Naib Johan Qiraat Sab’ah Perempuan MA
🥈NAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN

Ke-3 Qiraat Sab’ah Lelaki MR
🥇ABDUL AZIZ BIN SALAHUDIN

Ke-5 Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Perempuan
🥇AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN

Saguhati Tahfiz Juzuk 1-30 Perempuan
🏅NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE

🧕🏻🧑🏻‍
Guru Pembimbing:
🔸Ustaz Mohd Izzat B. Mat Nor
🔸Ustaz Mohd Fakhruddin bin Mat Ripin
🔸Ustaz Ahmad Syahir bin Yahaya
🔸Ustazah Mariyah binti Taib
🔸Ustazah Siti Fatimah binti Salleh
🔸Ustaz Muhamad Arif bin Yusoff
🔸Ustazah Aniqah binti Haji Azlan

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.

WeLoveIKT #IKTNo1 #AlQuranMumtaz

PROGRAM EKSPLORASI BAHASA (BA) TG 1- 4 2024

27 Ogos 2024 – Program ini telah diadakan pada hari ini yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 4.

Gambar selanjutnya KLIK DI SINI

PROGRAM EKSPLORASI BAHASA TAHUN 2024

27 Ogos – Program ini bermula 27 & 29 Ogos bertempat di Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Ianya anjuran Jabatan Bahasa IKT. Pada hari ini bermula jam 3.30 – 4.30 petang , 9.00 – 10.30 malam. manakala pada 29 Ogos bermula 11.30 pag- hingga 2.30 petang.

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.