Che Mazlan Rasmi Pelancaran SEM 2013

Slide22SMIYT KTRG SBT, 6 Mac : Majlis Perasmian Pelancaran Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagi Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan Yayasan Terengganu.

Majlis ini telah diadakan petang tadi di Dewan Asyatibi. Hari Pelancaran SEM ini merupakan aktiviti tahunan sabagi satu majlis rasmi untuk memulakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Majlis ini merupakan satu kempen dan promosi kepada seluruh warga sekolah kerana penglibatan semua peringkat adalah perlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam usaha sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar Ulul Albab. SEM adalah salah satu daripada aspek kebestarian Sekolah Menengah Imtiaz yang memenuhi ciri ijtihadik iaitu salah satu daripada ciri Ulul Albab.

Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan ucapan sebagai ucapan aluan. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

“ Alhamdulillah pada petang ini kita diizinkan berada di majlis Pelancaran SEM yang sepatutnya perlu diadakan di peringkat sekolah. Terlebih dahulu saya mewakili Imtiaz Kuala Terengganu, mengalu-alukan kehadiran Che Mazlan bin Che Wil ke sekolah kita dan kami amat berbesar hati atas kehadiran ini kerana akan menjayakan majlis pelancaran SEM ini sebentar lagi”.

“ Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana walaupun banyak tugas-tugas dengan agenda yang lain, beliau masih mampu meraikan jemputan kita ke sekolah ini. Juga ucapan tahniah kepada semua guru khasnya Unit SEM yang telah menyediakan pelancaran majlis ini. Semua guru dan pelajar yang dikasihi, untuk makluman anak-anak semua, sebenarnya program SEM ini bukan hanya satu program yang istimewa untuk Negeri Terengganu yang sangat-sangat diharapkan oleh Kerajaan Negeri untuk disebar luas dan dilihat pencapaiannya hingga ke peringkat tertinggi tetapi untuk makluman anak-anak semua, program SEM juga telah dijadikan ETOS di sekolah kita disamping ETOS Hafazan bagi KPI sekolah kita sebagai sekolah Berprestasi Tinggi”.

Berikut adalah sebahagian ucapan Perasmi iaitu Che Mazlan bin Che  Wil

” Alhamdulillah syukur kepada Allah pada petang ini dapat bersama-sama dengan pelajar dan dapat hadir untuk sama-sama merasai kehebatan  sekolah di mana banyak pencapaian yang telah  diraih oleh Imtiaz. Alhamdulillah hari ini, bukan sahaja pimpinan Negeri bercakap tentang Imtiaz tetapi di peringkat Negara sehingga tertubuhnya di Melaka dan dalam proses pembinaan di Negeri-negeri lain sebagaimana yang dilaksanakan di Imtiaz Terengganu”.

” Saya bagi pihak Yayasan Terengganu mengucapkan tahniah kepada anak-anak pelajar terutama pelajar tingkatan 1 baru-baru ini yang telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian tingkatan 1 di sekolah ini. Dan saya harap semua pelajar tingkatan 5, 4 , 3 dan 2 dapat memimpin adik-adik ini yang mungkin kurang faham tentang konsep Ulul Albab yang kita buat menghafaz Al Quran bermula tingkatan 1 . Oleh kerana Hafazan merupakan ETOS sekolah maka pelbagai inisiatif dicari dan kerajaan negeri berusaha supaya ianya tidak menajdi begitu sukar dan mencari di mana tempat yang boleh guru-guru  belajar dan dapat mengajar kepada anak-anak murid yang sukar menjadi mudah”.

” Oleh itu pada tahun 2005, Kerajaan Negeri telah menghantar sekumpulan guru pergi belajar di Universiti Connecticut bagaimana mereka ini melaksanakan program-program kepada anak-anak pelajarnya sehingga mereka boleh mencerita sesuatu yang hebat untuk memakmurkan diri dan akhirnya terjumpalah Shchoolwide Enrichment Model. Daripada 2005 sampai ke sekarang ini, program ini dilakukan. Kita melihat proram ini sangat sesuai. Kita melihat anak-anak pelajar belajar bermula dari 7.30 hingga 4.30 petang bimbang pelajar menjadi stress maka kita terpaksa cari alternatif supaya anak-anak pelajar suka untuk ke sekolah, minat belajar, suka kepada imtiaz. Bukan sahaja konsep ini untuk anak-anak pelajar tetapi juga untuk guru-guru yang mengajar terutamanya di Imtiaz”.

Slide22Slide27Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video gimik pelancaran sem dipersembahkan oleh pelajar tingkatan 1 sila klik DI SINI

MAJLIS PELANCARAN PROJEK SERLAHAN BINTANG ‘PHOENIX’ PMR 2013 & PROJEK PERMATA TERBILANG SPM 2013

Slide57SMIYT KTRG SBT , 28 Februari : Pelancaran Projek ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Che Soh bin Muda, Timbalan Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau telah mewakili Tuan Haji  Zuber bin Embong, Ketua Sektor Akademik JPN.

Antara Objektif program ini adalah:

1)      Memupuk semangat dan  meningkatkan motivasi  diri dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar

2)      Memperkasakan budaya perkongsian  ilmu dalam  kalangan pelajar dengan membentuk Kumpulan Belajar dan Rakan Pembimbing Subjek (Study Group/Peer Coaching)

3)      Menjenamakan  program-program  yang  telah dirancang dan menambahbaikkan program yang telah dilaksanakan mengikut pembahagian fasa sepanjang tahun.

4)      Menjalinkan hubungan erat guru dan ibubapa dalam mewujudkan budaya cakna pelajar.

Sebelum perasmian, Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan ucapan. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

“ Alhamdulillah pada hari ini dengan izinNya yang merupakan majlis yang gilang gemilang yang memberi makna untuk anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan penting bagi mereka iaitu PMR dan SPM”.

“ Saya selaku mengetuai SM Imtiaz K.Trg terlebih dahulu mengalu-alukan Tuan Haji Che Soh bin Muda ke Sekolah kami dan kami amat berterima kasih atas kehadiran ini. Kami percaya Tuan Haji memang banyak tugas yang perlu diselesaikan tetapi demi kelangsungan dan kelancaran majlis kami, beliau telah  dapat menghadirkan diri”.

“ Kami sangat berbangga dan mengalu-alukan kehadiran  ibubapa ke sini pada hari ini yang pada kami sekaligus memberikan keperihatinan , kecaknaan, kasih sayang kepada anak-anak mereka. Kami percaya ada ibubapa yang datang dari jauh dengan mengambil cuti dan sebagainya tetapi semua kita buat kerana kita sangat sayang kepada anak-anak kita kerana mereka adalah permata bagi kita. InsyaAllah apa yang kita lakukan pada hari ini tidak akan sia-sia samada akan dibalas dengan baik oleh anak-anak kita dan juga akan mendapat kejayaan yang cemerlang”.

“ Untuk makluman kepada semua ibubapa pada hari ini, kami mengambil sedikit penambahan kepada program pelancaran projek ini dengan kami masukkan satu agenda khas iaitu ibubapa yang datang akan bergambar dengan anak-anak semua. Tujuannya adalah gambar ini akan diletakkan di atas meja anak-anak kita. Biarlah mereka menatap gambar ibubapa setiap hari supaya diharap cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Jadi usaha yang kami tambah ini kami harapkan menjadi satu suntikan motivasi yang penting untuk anak-anak supaya lebih cemerlang untuk peperiksaan PMR dan SPM”.

Sila klik link di bawah

Pelajar menyambut kehadiran ibubapa

Ketibaan Tn Hj. Che Soh bin Muda dan perasmian

Konferem ibubapa bersama guru dan pelajar

Gambar Pelajar bersama Ayahanda dan Bonda Tersayang

Ustazah Mardziah Rasmi Majlis Penutup Program Jejak Kecemerlangan

Slide13SMIYT KTRG SBT, 28 Februari : Majlis tersebut telah dirasmikan majlis penutupan Program Jejak Kecemerlangan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah antara SM Imtiaz K.Trg dengan Sekolah Menengah Sains Setiu malam tadi.

Program kecemerlangan ini bermula 23 Februari yang lalu di mana 3 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan dari tingkatan 3 sekolah tersebut tiba untuk belajar bersama dengan pelajar Imtiaz K.Trg. Menurut guru pengiring yang juga bekas pelajar sekolah ini, Cikgu Qzairudin, beliau mengucapkan terima kasih kepada puan pengetua kerana membenarkan pelajar sekolah beliau belajar di sini dan diharapkan suatu masa nanti semua pelajar terutama pelajar PMR akan beroleh kejayaan dalampeperiksaan nanti.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Catur : Fahim Hanif Wakili KTS

Slide74SMIYT KTRG SBT , 28 Februari : Catur peringkat MSSD KTS yang telah berakhir petang kelmarin menyaksikan ramai pelajar sekolah ini layak mewakili Kuala Terengganu Selatan.

Bagi kategori P15, Pelajar sekolah ini sapu bersih tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tahniah dan syabas

Berikut adalah keputusan kedudukan 10 terbaik setiap kategori.

 

P15 tahun

1. Nik Nur Aina Nafisah bt Nik Muhamad – Imtiaz K.Trg

2. Umi Safiah bt Saadon – Imtiaz K.Trg

3. Sharifah Nur Aimi Syuhada – Imtiaz K.Trg

4. Sharifah Nurhayati – SMKASAM

5. Nusyamimi bt Mohd Zin – Imtiaz K.Trg

6. Ainul Fatihah bt Adnan – SMKA Khairiah

7. Norliyana Athirah bt Azmi – SMKA Khairiah

8. Nurul Nabilah bt Yusof – SMKSS

9. Nur Hanim Solehah bt Mohd Saidi – SMKASAM

10. Fatin Faradila Fitri bt Fadhir – SMKSS

 

P18 tahun

1. Musfirah bt Nor Azmi – SESTER

2. Siti Aminah bt Mohd Fauzy – SMKBB

3. Nur Syuhada Naziha – SESTER

4. Wan Nur Fadhilah bt Wan Hassan – SMKASAM

5. Nurul Umairah bt Mohd Arifuddin – SMKPN

6. Fathini Asilah bt Ruzaimi – SESTER

7. Nurul Syahmina Husna bt Mohd Suhaimi – SMKASAM

8. Nurfatin Izzati bt Arjunaidi – Imtiaz K.Trg

9. Farah Nabila bt Mohd Asri – Imtiaz K.Trg

10. Afiqa bt Zurani – SMA(A)SZA

 

L15 tahun

1. Mohammad Amir Zikri b Azmi – SMKSS

2. Muhammad Izzat Hilmi b Sapawi – SMA(A)SZA

3. Muhammad Rashad b Harizan – SMKSS

4. Muhamad Rifqi Azfar b Sulaiman – SMKPN

5. Aziz Abidin b Azmi Puat – Imtiaz K.Trg

6. Anas Hafifi b Arifin – SMKASAM

7. Mohamad Azim b Azfar – SMKSS

8. Anas Hazimi b Arifin – SMKASAM

9. Muhammad Fathi b Hamidi – SMA(A)SZA

10. Ridhwan Salimi b Amir Hamzah – SMAZAL

 

L18 tahun

1. Muhammad Huzaimi b Abd Jalal – SMKSS

2. Muhammad Fahim Hanif b Muhd Fahmi – Imtiaz K.Trg

3. Muhammad Aiman Zakwan b Azmi – SMKASAM

4. Mohd Fadzil Naim – SMA(A)SZA

5. Ahmad Fadzlan b Mohd Zain – SESTER

6. Wan Muhammad Tarmizee b Wan Roslan – SMKTB

7. Mohamad Zulhafiz b Zara – SMASZAL

8. Muhamad Hanif b Zahari – SMKBB

9. Muhammad Shakir b Mohd Fauzi – Imtiaz K.Trg

10. Nur Irfan b Nor Rashid – SESTER

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI