Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jama’ei 1435 H / 2014 M

Slide8SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Seperti kebiasaan setiap tahun diadakan majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jama’ie. Begitu juga pada tahun ini , majlis tersebut telah diadakan hari ini.

Ramai ibubapa yang hadir bagi menjayakan program tahunan ini. Kehadiran YDP MPIBG Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar juga telah menceriakan majlis tersebut. Acara dimulakan dengan majlis Kahatam Al Quran disusuli dengan ucapan oleh YDP MPIBG . Seterusnya tazkirah ramadhan disampaikan oleh Ustaz Wan Ubaidillah dan tahlil diketuai oleh Ustaz Abdul Mubin.

Sebaik sahaja solat maghrib dan solat hajat selesai, Majlis Iftar telah diadakan. Suasana yang cukup meriah walaupun hujan renyai-renyai mencurah ke bumi.

Slide31Slide30Slide27Slide35Slide45Slide51

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Bakti Al Fateh

Slide14SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Sempena bulan yang mulia ini, pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif dengan menghulurkan sumbangan ikhlas daripada semua guru sekolah ini bagi meringankan beban golongan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kampung di kawasan sekolah.

Seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan ini yang berbentuk sumbangan makanan dan juga wang tunai.

Kepada semua guru, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Hanya Allah yang dapat membalas budi baik serta sumbangan ikhlas guru-guru semua.

Slide43Slide13Slide20Slide7Slide49Slide35

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Lawatan Penandaarasan Daripada PPD Muar , Johor Darul Takzim

Slide10SMIYT KTRG SBT , 25 Jun : Pagi ini , pihak Pengurusan Sekolah telah menerima kunjungan hormat Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Muar , Johor Darul Takzim.

Mereka disambut oleh Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Puan Che Kadijah binti Che Abdullah, Setiausaha Sekolah serta Ketua-ketua Jabatan

Kunjungan PPD Muar ini telah diiringi oleh Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Sebentar tadi mereka telah melawat pelajar-pelajar yang sedang menghafaz Al Quran di Surau sekolah.

Slide23Slide21Slide19Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Khatam Al Quran dan Solat Hajat Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu

Slide14KUALA TERENGGANU : 23 Jun : Satu majlis Khatam Al Quran dan Solat Hajat telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

Majlis ini disertai seramai 30 pelajar yangmembaca al Quran 30 juzuk serentak. Mereka terdiri  daripada pelajar tingkatan 4 dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab.

Solat maghrib , Isyak dan Solat hajat telah diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip.

Slide2Slide8Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.