Motivasi Prof. Mohd Kamil Ibrahim

Slide11SMIYT KTRG SBG , 29 Mac : Ceramah motivasi bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 telah diadakan baru-baru ini di dewan Asyatibi. Prof. Mohd Kamil bin Ibrahim telah menerima jemputan dari sekolah ini sebagai penceramah.

Ianya bertujuan untuk memberi suntikan semangat juang kepada calon PT3 dan SPM agar dapat merealisasikan impian mereka bagi menempah kejayaan dan kemenangan dalam peperiksaan serta dapat membantu pihak sekolah memartabatkan nama sekolah diperingkat negara.

Slide7Slide8Slide5

Klip Video

Impian Satu Doa Siri 1

Impian Satu Doa Siri 2

Impian Satu Doa Siri 3

Kem Pemantapan Pengurusan Badan Kepimpinan Pelajar

Slide12ANGULLIA RESORT , 13 Mac : Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan pelajar sekolah , pihak pengurusan sekolah di bawah unit HEM telah mengadakan kem Pemantapan Pengurusan Badan Kepimpinan Pelajar bermula 12 hingga 14 Mac. Ianya terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Asrama, Majlis Pengawas Sekolah dan juga BADAR.

Program ini diadakan di Angullia Resort, Marang. Selain pemantapan Kepimpinan pelajar, juga mengukuhkan hubungan silaturrahim serta dapat bekerjasama antara satu badan kepimpinan agar mereka dapat menguruskan kerja-kerja dengan lebih baik dan teratur serta dapat membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama kearah pemantapan yang jitu dan dapat menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kem tersebut peserta telah mengadakan sesi pemurnian program dan mengemaskini fail badan masing-masing. Peserta juga dimantapkan dengan etika dan protokol dalam pengurusan majlis rasmi sekolah.

Slide14Slide63Slide70

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Hari Sukan Asrama

Slide174SMIYT KTRG SBT , 8 Mac : Hari sukan Asrama telah diadakan pada 5-6 mac yang lalu. Ia merupakan acara tahunan asrama.

Pelbagai acara dipertandingkan anataranya gusti lengan, sukaneka , formal dinner dan banyak lagi. Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta mengadakan pertandingan sihat antara firqah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

SM Imtiaz YT K.Trg kedudukan 10 terbaik SPM 2014 Negeri Terengganu

Slide68SMIYT KTRG SBT , 3 Mac : Keputusasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2014 telah diumumkan pada hari ini dengan 100% lulus dengan Gred Purata Sekolah 2.29 berkedudukan yang ke 8 peringkat Negeri dan tempat ke 5 peringkat Daerah.

Seramai 8 orang calon SPM telah mendapat keputusan 11A.

1. Nur Aqilah binti Jalaludddin

2. Abdul Hakim bin Talib

3. Muhd Hazwan bin Nor Azmi

4. Muhd Muizzuddin bin Zuanaidi

5. Nurul Nazirah binti Ibrahim

6. Siti Maisarah binti Azmi

7. Siti Nur Lina binti Mohamad Khairi

8. Muhd Syakir bin Mohd Fauzi

Pelajar terbaik ialah Nur Aqilah binti Jamaluddin.

Berikut adalah keputusan penuh :

11A – 8 calon

10A – 12 calon

9 A – 8 calon

8 A – 13 calon

7 A – 15 calon

6 A – 15 calon

5 A – 16 calon

4 A – 14 calon

3 A – 5 calon

2 A – 4 calon

1 A – 1 calon

Slide56Slide52Slide77

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 TAHNIAH DAN SYABAS ANAK-ANAK AL FATEH

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.