Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Pelancaran Projek PT3 dan SPM 2015

Slide154SMIYT KTRG SBT , 2 Mac : Pengarah Yayasan Terengganu , Tuan Haji Mohamad bin Sulong telah merasmikan Pelancaran Projek PT3 dan SPM 2015 kelmarin.

Turut mengiringi beliau ialah Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah ( Pengurusan Imtiaz )  dan disambut oleh Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Pengetua sekolah , Semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta semua guru.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ibubapa pelajar yang terlibat.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk merealisasikan harapan semua A+ dalam semua subjek dan melahirkan generasi Ulul Albab dan berkepimpinan Muhammad Al Fateh. Selain daripada itu ianya juga dapat memperkasakan kecemerlangan akademik, akhlak dan Al Quran bagi merealisasikan impian pelajar, ibubapa, guru dan semua warga sekolah untuk menggengam semua A dalam PT3.

Slide93Slide161Slide181

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Kem Nuqaba’ 2015

Slide36SMIYT KTRG SBT , 1 Mac : Kem Nuqaba’ telah diadakan bermula khamis yang lalu dan berakhir pada sabtu ( 26 – 28 Feb 2015 ). bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Ianya dikendalikan oleh bekas pelajar sekolah ini serta beberapa orang penceramah daripada luar.

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti bagi memantapkan lagi unsur-unsur penghayatan kerohanian diri pelajar. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 & 5 yang terpilih sahaja.

Semoga usaha-usaha yang dijalankan akan mendapat manfaat yang berguna dan dicurahkan ilmu tersebut kepada pelajar yang lain pula.

 

Tahniah anak-anak Al Fateh!!!

Slide5Slide72Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Bengkel Pengurusan Laman Web Sekolah

Slide1SMIYT KTRG SBT , 17 Februari : Pembinaan laman web sesebuah sekolah amat perlu ketika ini sebagai sumber maklumat agar orang luar dapat mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih cepat. Ianya bertepatan dengan zaman kini yang canggih dan mereka sudah begitu sinonim dengan kemajuan masa kini.

Justeru itu , seramai 15 pegawai yang terdiri daripada Juruteknik Komputer / EIO  dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu yang mengendalikan laman web sekolah telah dipilih untuk mengikuti  bengkel tersebut  pada hari ini bertempat di makmal komputer sekolah.

Ianya dikendalikan oleh Encik Rozaizam bin Yusoff , Penolong Pegawai Tadbir ( Teknik & ICT ) dari Yayasan Terengganu.

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8

 

Tahbib Lughah Arabiyyah

Slide2SMIYT KTRG SBT , 16 Februari : Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan penguasaan Bahasa Arab terutama kepada pelajar tingkatan satu yang baru mengenali bahasa ini.

Bagi memberi penjelasan dan kefahaman kepada pelajar tersebut, hari ini pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di bawah unit Sektor Pendidikan Islam ( SPI ) Ustaz Yahya bin Wahab.

Semoga program ini dapat memberi kefahaman kepada pelajar agar mudah menguasai bahasa arab.

Slide4Slide6Slide3Slide1Slide5Slide7Slide10Slide11

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.