SMIYT KTRG SBT, 21 Februari : Kursus tersebut merupakan satu program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan kaunseling. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan etika yang berkualiti dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah berprestasi tinggi.

Pelajar juga akan didedahkan dengan konsep etika, prinsip etika seorang pelajar, etika mencari ilmu, etika memilih ilmu, guru dan teman, menghormati ilmu, adab belajar, kepentingan etika dalam memangkin kejayan seseorang pelajar dan protokol dalam sesuatu majlis.

Dengan adanya program ini, ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Sekolah dan Majlis Pengawas Asrama akan dapat mengamalkan etika pelajar berkualiti dan berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Di samping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

Program ini diadakan bermula hari ini dan akan berakhir pada hari sabtu. Ketika ini slot Konsep dan Prinsip Etika telah disampaikan oleh penceramah dari IPG  Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit iaitu Tuan Haji Che Mansor bin Che Kerma dari Jabatan Pengajian Melayu.

Di akhir program nanti, diharap pelajar dapat menunjukkan perubahan tingkahlaku dan mampu menjadi pelajar yang beretika tinggi seterusnya dapat melonjakkan pencapaian dan prestasi akademik. Pelajar beretika tinggi adalah pelajar yang berkualiti dan mampu menjadi pelajar Ulul Albab selaras dengan matlamat sekolah Imtiaz.

Berikut merupakan jadual program.

KHAMIS

21 Februari 2013

INTERAKSI 1( Konsep dan Prinsip Etika )

 

JUMAAT

22 Februari 2013

INTERAKSI 2 ( Kepentingan Etika Seorang Pelajar )

INTERAKSI 3 ( Tanda-Tanda Pelajar Beretika )

INTERAKSI 4 ( Bengkel )

 

SABTU

23 Februari 2013

INTERAKSI 5 ( Rumusan dan Penilaian )

PENUTUP