SMIYT KTRG SBT , 23 Februari : Kursus tersebut yang bermula pada hari khamis lalu dan berakhir tengahari ini telah dirasmikan Majlis Penutupan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Dalam Ucapan tersebut, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mansor dari IPG Dato’ Razali Ismail selaku moderator kerana telah menjayakan program tersebut bagi melaksanakan hasrat pihak sekolah untuk melihat anak-anak didik Imtiaz K.Trg  bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari sahsiahnya.

Beliau juga memaklumkan walaupun kursus ini hanya kepada MPP, MPA dan MPS sahaja namun  peserta kursus perlu menyebarkan dan mampu menyampaikan kepada pelajar lain supaya lebih beretika dan lebih beradab dalam kehidupan mereka di sekolah mahupun di luar sekolah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Klip video pelajar menguruskan Majlis Rasmi Berkualiti – akan menyusul