Category: Ulul Albab

Karnival Seni Khat

Slide1Taman Tamadun Islam , 9 November : Pertandingan ini telah diadakan di dewan seminar Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man , Kuala Terengganu pagi tadi. Pertandingan sempena karnival Seni Khat ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ( DBP ) yang menawarkan 3 pemenang utama dan 7 saguhati.

Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu bawah 12 tahun , 15 tahun , 18 tahun dan terbuka dengan menggunakan kaedah khat nasakh dan thuluth.

Bagi pertandingan seni khat thuluth, sekolah ini telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada Mohd Amin Khalili , Mohd Shhrul Azwan , Ahmad Hafiz Aminuddin dan Mohd Ikhlas bin Mohd Kamal. Manakala bagi kategori khat nasakh pula terdiri daripada Asmiah Nraini Mohd Nor , Nur Ain Jaafar dan Syarifah Nururl Nadia Sy. Ibrahim Halmi.

Mohd Amin Khalili telah menerima hadiah saguhati bagi kategori khat thuluth manakala Nur Ain Jaafar menerima saguhati bagi kategori khat nasakh,

 

Slide6Slide5Slide3

Tahniah dan syabas!!!!

 

 

 

 

Kursus Haji

Slide103SMIYT KTRG SBT , 7 November : Kursus Haji telah diadakan sebentar tadi yang mana semua pelajar tingkatan 4 menjadi kumpulan sasar,

Kursus ini telah menerangkan tentang cara-cara mengerjakan haji serta rukun-rukunnya. Ianya telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Zulkifli bin Muda dari SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat mengetahui kaedah yang betul apabila menunaikan haji kelak.

Slide26Slide31Slide87Slide120Slide145Slide132

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Fiqree Hameez dan Nurul Husna Terima Anugerah Khas

Slide1SMIYT KTRG SBT , 21 Oktober : Dalam majlsi Anugerah Graduasi Al Huffaz yang diadakan kelmarin , 2 orang graduan telah menerima anugerah khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam , KPM.

Beliau ialah Mohd Fiqree Hameez yang menerima Anugerah Khas Imam Asyatibi dan Sharifah Nurul Husna yang menerima Anugerah Khas Rabiatul Adawiyah.

Video Anugerah Khas Imam Asyatibi

Video Anugerah Rabiatul Adawiyah

Tahniah dan syabas

Majlis Graduasi Al Huffaz Kali Pertama 2013

Slide134SMIYT KTRG SBT , 20 Oktober : Majlis yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Dewan Asyatibi hari ini.

Seramai 58 Graduan Al Huffaz terlibat dalam majlis ini yang dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Md. Din, Pengarah Bahagian Pendidkan Islam , KPM. Turut hadir ialah  Pengarah Yayasan Terengganu , Tuan Haji Azmi bin Razik , Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam JPN , Tuan Haji Wan Said bin wan Salleh , Pengetua Sekolah , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Encik Jain , Timbalan YDP MPIBG,semua Penolong Kanan , Ketua-ketua Jabatan, guru  serta ibubapa

Tahniah kepada semua graduan Al Huffaz 2013.

Slide127Slide123Slide131Slide119Slide53Slide50

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI