Category: Maklumat Am

Pertandingan Debat Piala Cybersekuriti

Slide1KUALA TERENGGANU, 8 Oktober : Bahagian Teknologi Pendidikan  Malaysia KPM dengan kerjasama Kementerian Sains , Teklonogi dan Inovasi ( MOSTI ) telah mengadakan pertandingan debat Piala Cybersekuriti Malaysia peringkat Zon Timur di BTP Negeri Terengganu bermula 6 hingga 8 Oktober 2013.

Dalam pertandingan ini sebanyak 7 buah sekolah dari Negeri Pahang , Kelantan dan Terengganu telah menyertainya. Sekolah ini hanya mendapat saguhati sahaja. Namun begitu pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua peserta sekolah ini serta guru pengiring yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perdebatan ini.

 

Tahniah!!!!

Pameran SEM Negeri Terengganu 2013

Slide20K.TRG , 30 September : Satu Pameran SEM telah diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Batu Buruk Kuala Terengganu bermula 6 – 8 September yang lalu.

Pesta Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) merupakan program pengayaan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan minat, pengetahuan dan idea kreatif mereka dalam bidang kajian yang diminati.

Bidang kajian ini terdidri daripada pelbagai disiplin ilmu berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar. Pesta SEM ini juga merupakan kemuncak kepada segala usaha yang telah dicurahkan sepaya segala idea pelajar yang kreatif dan kritis ini dapat ditampilkan kepada umum untuk manfaat bersama-sama.

Dalam pesta tersebut sebanyak 25 buah sekolah telah menyertainya. Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan idea kreatif dan akhirnya membawa kemenangan kepada sekolah. Pesta ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II , Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh.

Berikut adalah keputusan pameran.

2 pasukan mewakili sekolah :

1) Pasukan Pameran – tajuk projek inovasi : Solar Hybrid Car

2) Pasukan Bertanding – tajuk projek kajian – The Miracles of Extract Pandan(pandanus amaryllifolius Roxb ) in Making Soap and Pests Repellent Products.

 

Pencapaian :

Johan Booth Informatif – ( sijil & wang tunai RM 300.00 )

Ke 3 – Presenter Depan Khalayak Awam ( cenderamata )

Ke 5 – Dokumentasi terbaik ( sijil & wang tunai RM 150.00 )

Slide1 Slide14Slide11Slide4Slide13Slide21

 

TAHNIAH & SYABAS !!!!!

Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Slide1SMIYT KTRG SBT , 25 September : Satu ceramah berkaitan PPPM telah diadakan di dewan Asyatibi bermula jam 8 pagi tadi.

Ianya menerangkan transformasi yang dibuat oleh Kerajaan seperti GTP , ETP dan transformasi Pendidikan terutama dalam program kemenjadian murid.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Tengku Azlan bin Tengku Abdullah, Pen PPD Kuala Terengganu bahagian Pengurusan Sekolah.

Slide3Slide2Slide4

Terima Kasih Cikgu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 18 September : Seorang pelajar yang berasal dari Sibu , Sarawak sanggup datang ke Negeri Terengganu Darul Iman semata-mata minat yang mendalam terhadap menghafal Al Quran.

Beliau yang dimaksudkan ialah Muhd Khairul Izzuddin bin Khairul Suhaimi, pelajar tingkatan 1 yang kini berada di kelas 1 Ibnu Amir di Sekolah ini. Bapanya merupakan seorang guru di SMK Agama Sibu manakala ibunya seorang guru yang mengajar di SM Bandar sibu. Mempunyai 5 adik beradik dan beliau merupakan anak sulong. Disebabkan minat yang begitu mendalam , beliau sanggup berpisah sementara dengan ibubapanya semata-mata ingin mendalami ilmu Al Quran

 

Tahniah dan syabas . Semoga menjadi anak yang soleh pintar dan hafiz.

Lihat video ini