Slide20K.TRG , 30 September : Satu Pameran SEM telah diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Batu Buruk Kuala Terengganu bermula 6 – 8 September yang lalu.

Pesta Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) merupakan program pengayaan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan minat, pengetahuan dan idea kreatif mereka dalam bidang kajian yang diminati.

Bidang kajian ini terdidri daripada pelbagai disiplin ilmu berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar. Pesta SEM ini juga merupakan kemuncak kepada segala usaha yang telah dicurahkan sepaya segala idea pelajar yang kreatif dan kritis ini dapat ditampilkan kepada umum untuk manfaat bersama-sama.

Dalam pesta tersebut sebanyak 25 buah sekolah telah menyertainya. Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan idea kreatif dan akhirnya membawa kemenangan kepada sekolah. Pesta ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II , Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh.

Berikut adalah keputusan pameran.

2 pasukan mewakili sekolah :

1) Pasukan Pameran – tajuk projek inovasi : Solar Hybrid Car

2) Pasukan Bertanding – tajuk projek kajian – The Miracles of Extract Pandan(pandanus amaryllifolius Roxb ) in Making Soap and Pests Repellent Products.

 

Pencapaian :

Johan Booth Informatif – ( sijil & wang tunai RM 300.00 )

Ke 3 – Presenter Depan Khalayak Awam ( cenderamata )

Ke 5 – Dokumentasi terbaik ( sijil & wang tunai RM 150.00 )

Slide1 Slide14Slide11Slide4Slide13Slide21

 

TAHNIAH & SYABAS !!!!!