Category: Maklumat Am

Jasamu Dikenang

Slide2SMIYT KTRG SBT , 16 Januari :Warga Sekolah merasa sungguh hiba dan sayu apabila seramai 6 orang guru telah berkhidmat di sekolah lain telah memulakan tugas yang baru di sekolah lain. Mereka sangat dedikasi sewaktu mengajar anak-anak pelajar dan juga merupakan ‘orang kuat’ di sekolah.

Namun begitu pihak sekolah terpaksa akur dengan pemergian mereka di tempat baru. Sehubungan dengan itu Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT ( KUIK ) hari ini telah mengadakan jamuan perpisahan untuk mereka.

Guru tersebut ialah Ustaz Syed Sheikh , Ustazah Wan Rohaida, Cikgu Faridah bt Samat, Cikgu Roslaily , Cikgu Che Noor Hilaliah dan Cikgu Nozura.

Segala jasamu ketika berkhidmat di sekolah ini akan sentiasa dikenang

Slide12Slide11Slide7Slide5Slide10Slide8Slide6

Temuduga Bagi Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Slide5SMIYT KTRG SBT , 10 Disember : Walaupun keadaan musim tengkujuh yang melanda Negeri Terengganu ketika ini, namun calon pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2014 tidak pedulikan masalah itu untuk menghadiri temuduga yang berlangsung pada hari ini.

Lebih 300 colan telah menduduki temuduga. Ianya dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Hafazan dan juga ujian bertulis serta personaliti.  Calon yang berjaya dalam 2 peringkat tersebut akan ditawarkan mengikuti pengajian di sekolah yang berprestij ini.

Satu taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz.

Tahniah kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka untuk mengikuti pembelajaran di sini bagi sesi 2014.

Slide9Slide47Slide48Slide67Slide26Slide24Slide9Slide10Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Taklimat PPPM

Slide1SMIYT KTRG SBT , 10 November : Satu taklimat tentang PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Hj. Mohd Amin Faisal Uzip @Othman dengan dibantu oleh Puan Hjh. Faridah Salleh, Ketua Jabatan Kemanusiaan.

Ianya adalah susulan dari taklimat PPPM yang telah dihadiri di Sekolah Sains Sultan Mahmud pada  26 Oktober 2013 mewakili Puan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.

Taklimat PPPM kali ketiga untuk guru-guru SM Imtiaz YT Kuala Terengganu ini telah diadakan sebelum mesyuarat guru pada hari ini.  Diharapkan agar semua warga guru sekolah ini dapat memanfaatkan semua  informasi yang disampaikan dalam usaha untuk mencapai matlamat PPPM.

Slide4Slide3Slide2

Kursus Pemantapan ICT

Slide3SMIYT KTRG SBT , 10 November : Bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu P&P guru, satu kursus Pemantapan ICT – NKRA, HOT & Exe-Learning telah diadakan bermula 9.00 hingga 12.30 tengahari tadi.

Semoga dengan adanya kursus ini , sekurang-kurangnya semua guru dapat menggunakan kaedah ICT dengan sempurna selaras dengan zaman ICT ini.

Kursus ini dikendalikan oleh Guru Pakar ICT sekolah ini.

Slide5Slide4Slide1