Slide3SMIYT KTG SBT , 3 Februari : Pagi ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam.

Delegasi ini diketuai oleh Madam Tan Lian Lian , Pemangku Pengarah Kenaziran , Puan Hajjah Ardinah binti Orang Kaya Maha Bijaya Haji Osman , Penolong Pengarah Kenaziran. Mereka telah diiringi oleh Encik Wan Ahmad Hizan bin Wan Hassan , Ketua Nazir Jabatan Kenaziran Negeri Terengganu ( JNJK ) serta wakil Pengarah Yayasan Terengganu , Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad , Penolong Pengarah Kanan ( HEA ).

Ketika ini rombongan Jemaah Nazir sedang mengikuti ucapan aluan dari Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta taklimat khas oleh Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad dan Ketua Jabatan Al Quran , Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Rombongan tersebut kemudian melawat bilik SEM serta Galeri sekolah sebelum menikmati jamuan makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama pelajar sekolah di Surau.

 

Slide6Slide5Slide2Slide1Slide4Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI