Category: Kurikulum

Peperiksaan Percubaan PMR Bermula Hari Ini

Slide5SMIYT KTRG SBT , ย 19 Ogos : Seramai 105 pelajar PMR telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR yang bermula hari ini.

Ianya akan berakhir pada hari ahad 25 Ogos 2013. Kelihatan beberapa orang guru sedang mengawasi peperiksaan tersebut. Semoga semua pelajar berkenaan akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Slide2Slide3Slide1

National Science Challengee 2013

Slide15SMIYT KTRG SBT , 30 Julai : Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini peringkat Negeri Terengganu pada hari ini bertempat di Bilik Kuliah.

Ianya dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang melibatkan SM Imtiaz Kuala Terengganu, SMK Sultan Sulaiman, SMKA Tok Jiring, SMK Mak Lagam, Kemaman dan SMA Ittifakiah, Besut.

Berikut adalah keputusan penuh :-

Pertama – SMK Sultan Sulaiman

Kedua – SMKA Tok Jiring

Ketiga – SMK Mak Lagam

Keempat – SM Imtiaz Kuala Terengganu

Kelima – SMA Ittifakiah

Slide6Slide4Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah!!!!

 

Pelancaran 100 Hari Menjelang SPM 2013 & Peer Coaching

Slide85SMIYT KTRG SBT , 25 Julai : Projek Kecemerlangan SPM 2013 telah mengambil pendekatan dengan melancarkan 100 Hari Menjelang SPM 2013 yang telah diadakan pagi tadi yang telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YM Tg. Mohd Yusuff bin Tg. Mansor, Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, PPD Kuala Terengganu.ย Turut mengiringi beliau ialah puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan semua guru yang mengajar tingkatan 5.

Antara matlamat program ini adalah memastikan para calon SPM sentiasa bersedia dalam bentuk perkongsian ilmu, maklumat , kemahiran , sumber tenaga dan daya saing pihak pengurusan sekolah, guru dan pelajar dalam menghadapi SPM.

Disamping itu memastikan bahawa tahap kebersediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan adalah pada tahap terbaik dan optimum. Juga meningkatkan prestasi setiap pelajar secara individu, prestasi mata pelajaran dan prestasi sekolah amnya dalam peperiksaan SPM 2013.

Ianya juga menjadi pemangkin untuk pelajar mengenali potensi diri, mengukur kemapuan dan menyasarkan targer yang jelas dalam peperiksaan SPM 2013 yang merupakan penentu masa depan pelajar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah

1. Pelancaran projek SMA 2013

2. Networking bersama SM Sains Faris Petra SBT

3. Kolaborasi bersama SESMA

4. Program Science World ( Fizik, Kimia, Biologi )

5. Kem Zera G Di Angulia

6. mKem Cuti Terancang

7. Program ‘Heart To Heart ‘

8. Jadual anjal berkala

9. Program Anak Angkat Pengurusan

10. Program pecutan sehabis daya bersama Imtiaz Besut

11. Temu Murni & Solat hajat.

Slide20Slide63Slide34

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

Kolaborasi PMR 2013 Bersama SMK Padang Midin Kuala Terengganu

Slide28SMIYT KTRG SBT , 16 Julai : Program Kolaborasi PMR 2013 bersama pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu telah selesai petang tadi.

Program yang diadakan selama 2 hari ini bermula 15 – 16 julai telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama di SMK Padang Midin dan sesis kedua di SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Tujuan program ini adalah memeberi pendedahan yang berguna kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR tidak berapa lama lagi serta diharap dnegan program tersebut pelajar akan beroleh kejayaan yanag cemerlang.

Ucapan dan penyampaian hadiah bagi majlis penutup program ini telah disampaikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran.

Slide27Slide4 Slide30

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI