Category: Am

Kursus Haji

Slide103SMIYT KTRG SBT , 7 November : Kursus Haji telah diadakan sebentar tadi yang mana semua pelajar tingkatan 4 menjadi kumpulan sasar,

Kursus ini telah menerangkan tentang cara-cara mengerjakan haji serta rukun-rukunnya. Ianya telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Zulkifli bin Muda dari SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat mengetahui kaedah yang betul apabila menunaikan haji kelak.

Slide26Slide31Slide87Slide120Slide145Slide132

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SPM 2013 Telah Bermula

Slide49SMIYT KTRG SBT , 6 November : Seramai 97 calon SPM sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 yang bermula pagi tadi.

Dengan harapan yang begitu tinggi, semoga calon SPM ini akan terus melakar kejutan bagi mencipta kejayaan yang paling manis dalam hidup mereka.

Harapan guru juga agar mereka terus tenang menjawab soalan yang dikemukakan. Puan pengetua tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjuang dan memberi motivasi agar tidak patah semangat.Terus berjuang untuk mendapatkan sebutir mutiara  yang diidamkan.

Slide2Slide51Slide6Slide31Slide36Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK-ANAK SOLEH & SOLEHAH

PINTAR SM IMTIAZ K.TRG

Tahniah !!! SM Imtiaz K.Trg Tempat Kedua Program Inovasi Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan

Slide3KUALA LUMPUR , 20 Oktober : Berita yang baru diterima sebentar tadi , pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Y Biz Challenge 2013, Program Inovasi Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap , Timbalan Menteri Pendidikan 1.dengan membawa pulang RM15,000.00

Syabas dan tahniah!!!

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide2Slide1Slide1Slide2

Malam Anugerah Firqah dan Apresiasi Tingkatan 5

Slide96SMIYT KTRG SBT , 30 Oktober : Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah diadakan malam tadi dengan kehadiran guru serta pelajar.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar yang telah banyak memberi sumbangan terhadap sekolah. Ianya dikendalikan oleh pelajar yang telah menunjukkan prastasi yang cemerlang.

Majlis tersebut juga dihadiri Penolong Kanan Pentadbiran , Penolong Kanan HEM , Penolong Kanan Kokurikulum serta ketua jabatan.

Slide1Slide59Slide125Slide165Slide176Slide76

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI