Category: Am

Tahniah !! Badminton Perempuan Naib Johan Peringkat Kebangsaan

Slide2SMIYT BESUT SBT , 11 November : Tahniah dan syabas kepada pasukan badminton perempuan sekolah ini kerana dinaobatkan Naib Johan dalam Kejohanan badminton Sekolah-sekolahj Agama ( SMKA / SABK ) peringkat kebangsaan yang diadakan di SM Imtiaz Besut. Pertandingan ini telah diadakan pada 7 – 9 Novemebr yang lalu.

Tahniah kepada pemaian kerana telah menaikkan nama sekolah di peringkat Kebangsaan. Pemain tersebut terdiri daripada Wan Nurul Hidayah Wan Ahamd, Nur Zahirah Shaipuddin, Munirah Zamri, Nursyazwani Anuar, Nurul Najihah Mohd saidi, Syazwani Mat Razali, Aimie Shahira Pauzi, Rabiatul Adawiyah Rosman dan Wan Nor Asyikin Wan Ahmad.

Slide2Slide1

Tahniah & Syabas Anak Solehah SM Imtiaz K. Trg

Taklimat PPPM

Slide1SMIYT KTRG SBT , 10 November : Satu taklimat tentang PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Hj. Mohd Amin Faisal Uzip @Othman dengan dibantu oleh Puan Hjh. Faridah Salleh, Ketua Jabatan Kemanusiaan.

Ianya adalah susulan dari taklimat PPPM yang telah dihadiri di Sekolah Sains Sultan Mahmud pada  26 Oktober 2013 mewakili Puan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.

Taklimat PPPM kali ketiga untuk guru-guru SM Imtiaz YT Kuala Terengganu ini telah diadakan sebelum mesyuarat guru pada hari ini.  Diharapkan agar semua warga guru sekolah ini dapat memanfaatkan semua  informasi yang disampaikan dalam usaha untuk mencapai matlamat PPPM.

Slide4Slide3Slide2

Kursus Pemantapan ICT

Slide3SMIYT KTRG SBT , 10 November : Bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu P&P guru, satu kursus Pemantapan ICT – NKRA, HOT & Exe-Learning telah diadakan bermula 9.00 hingga 12.30 tengahari tadi.

Semoga dengan adanya kursus ini , sekurang-kurangnya semua guru dapat menggunakan kaedah ICT dengan sempurna selaras dengan zaman ICT ini.

Kursus ini dikendalikan oleh Guru Pakar ICT sekolah ini.

Slide5Slide4Slide1

Karnival Seni Khat

Slide1Taman Tamadun Islam , 9 November : Pertandingan ini telah diadakan di dewan seminar Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man , Kuala Terengganu pagi tadi. Pertandingan sempena karnival Seni Khat ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ( DBP ) yang menawarkan 3 pemenang utama dan 7 saguhati.

Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu bawah 12 tahun , 15 tahun , 18 tahun dan terbuka dengan menggunakan kaedah khat nasakh dan thuluth.

Bagi pertandingan seni khat thuluth, sekolah ini telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada Mohd Amin Khalili , Mohd Shhrul Azwan , Ahmad Hafiz Aminuddin dan Mohd Ikhlas bin Mohd Kamal. Manakala bagi kategori khat nasakh pula terdiri daripada Asmiah Nraini Mohd Nor , Nur Ain Jaafar dan Syarifah Nururl Nadia Sy. Ibrahim Halmi.

Mohd Amin Khalili telah menerima hadiah saguhati bagi kategori khat thuluth manakala Nur Ain Jaafar menerima saguhati bagi kategori khat nasakh,

 

Slide6Slide5Slide3

Tahniah dan syabas!!!!