Category: Am

PPD Hulu Selangor Lawat Sekolah

Slide4SMIYT KTRG SBT , 7 Disember : Seramai 40 pegawai dan anggota kakitangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor telah mengunjungi sekolah hari ini dalam rangka lawatan rasmi.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu , Penolong Kanan Pentadbiran , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta semua Ketua Jabatan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pelaksanaan dan Pembudayaan Kecemerlangan di sekolah ini yang baru sahaja mendapat Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.

Slide1 Slide6Slide3Slide2Slide5Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Slide1KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya sekolah ini telah mencipta sejarah apabila menerima anugerah Kualiti Menteri Pendidikan tahun 2014 bagi kategori Sekolah Luar Bandar yang diadakan pada 20 November baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Yasin Menteri Pendidikan Merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Dengan anugerah tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu membawa pulang RM50,000.00.

Kepada semua warga pendidik , Kakitangan serta pelajar diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Sekolah ini menerima anugerah berprestij itu.

Tahniah dan Syabas!!!

Slide1Slide3Slide2

Anugerah Koperasi Sekolah Peringkat kebangsaan

Slide4SARAWAK : Penghujung tahun 2014 menyaksikan sekolah ini telah menerima anugerah Koperasi Sekolah Hos 5 Bintang Peringkat Kebangsaan yang disampaikan  oleh Dr Abdul Rahman bin Junaidi , Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai.

Anugerah ini telah diterima oleh Puan Pengetua sendiri , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dengan membawa pulang RM5,000. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik dan juga seluruh kakitangan sekolah ini serta semua pelajar yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi mengecapi kejayaan yang terbesar ini.

Slide6

Tahniah dan syabas!!!!

Lawatan Penanda Aras Pengawas Asrama SMKA Al Irshad Pulau Pinang

Slide4SMIYT KTRG SBT , 2 November : Pihak Pengurusan Asrama Sekolah hari ini telah menerima kunjungan daripada SMKA Al Irshad, Pulau Pinang yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi KPM dalam lawatan Penanda Aras Pengawas Asrama.

Mereka telah disambut oleh Penolong Kanan HEM , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani bersama semua warden asrama. Mereka kemudian dibawa melawat Surau sekolah dan Balai Quran untuk melihat pelajar menghafaz Al Quran dan juga melawat asrama.

Satu taklimat khas mengenai asrama telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku ketua warden.

Slide21Slide11Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI