Category: Am

PPD Kuala Muda Yan Kedah Lawat Sekolah

Slide3SMIYT KTRG SBT , 2 November ;  Pagi ini pihak Pengurusan Sekolah telah menerima kunjungan daripada Pejabat pendidikan Daerah Kuala Muda , Yan Kedah dalam rangka lawatan sebagai penandaarasan.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bersama semua Penolong Kanan. Mereka kemudian dibawa melihat suasana pelajar menghafaz Al Quran di Surau dan Balai Quran sebelum mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah dan proses pembelajaran di sini.

Slide5Slide12Slide16

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pemantauan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014

Slide5SMIYT KTRG SBT , 13 : Tahniah kerana sekolah ini telah dicalonkan penerima anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014.

Seramai 3 orang pegawai dari Negeri Sembilan , Kedah dan Selangor telah hadir ke sini untuk membuat pemantauan bagi anugerah tersebut. Semoga sekolah ini akan mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Slide1Slide2Slide3Slide7

Lawatan Penanda Aras Koperasi Sek. Agama Men Bandar Baru Salak Tinggi

Slide4SMIYT KTRG SBT , 13 Oktober : Koperasi Sekolah telah menerima kunjungan daripada Koperasi Sek. Agama Men. Bandar Baru Salak Tinggi dalam rangka lawatan bagi melihat suasana dan gerak kerja yang dilakukan oleh koperasi sekolah ini  pada 12 Oktober yang lalu.

Antara lain juga adalah bagi mengukuhkan serta latihan kepenggunaan untuk dijadikan contoh kepada kepada sekolah mereka.

Slide7Slide8Slide9

Lawatan Penanda Aras Dari SMK Tinggi Melaka

Slide91SMIYT KTRG SBT , 13 Oktober : Pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada SMK Tinggi Melaka yang terdiri dari kalangan guru pengiring serta pemimpin pelajar pada 12 Oktober.

Kunjungan mereka ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pemimpin pelajar sekolah ini. Terdahulu dari itu , mereka dibawa ke surau dan Balai Quran untuk melihat pelajar menghafaz Al Quran dan kemudian di bawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat mengenai sekolah.

Slide12Slide20Slide41

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI