SMIYTKTRG , 12 Disember : Seawal jam 7.15 pagi tadi, kelihatan ramai calon tingkatan 1 hadir untuk menduduki sesi temuduga bagi pengambilan pelajar bagi tahun 2013.

Setakat jam 10 pagi tadi, dilaporkan seramai 382 calon daripada 400 permohonan yang layak telah memenuhi ruangan bilik kuarantin bagi menghadapi sesi temuduga serta ujian hafazan Al Quran.

Calon terdiri daripada anak Negeri Terengganu dan juga calon dari luar Negeri Terengganu turut kelihatan.

Pada jam 10.30 pagi, satu taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu di Dewan Asyatibi.

Turut mengiringi beliau adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta YM Puan Syarifah Fathiah, Penolong Pengarah HEP Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Keputusan temuduga dijangka akan diketahui mulai 27 disember 2012  ini dengan pengambilan pelajar baru bermula pada 6 Januari 2013.

Kepada semua ibubapa atau calon, bolehlah melayari laman web imtiaz di www.myimtiaz.com.my atau melayari laman web sekolah ini dari masa ke semasa untuk mengetahui keputusan tersebut.

Suasana hari temuduga KLIK DI SINI