KUALA TERENGGANU , 2 Jul : Tahniah dan syabas kepada peserta Kalam jamaie dari SM Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah diumumkan Johan bagi pertandingan tersebut yang telah di adakan di dewan Asyatibi pagi tadi.

Keputusan tersebut telah diumumkan sebentar tadi. Pertandingan Kalam Jamie 2012 antara sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu ini dianjurkan oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JaHEAT).

Dalam pertandingan tersebut sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai program ini. Antaranya ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Tempat kedua dimenangi oleh SM Imtiaz Besut. Johan dan naib Johan akan mewakili zon ke peringkat Negeri nanti.

Gambar persembahan Kalam Jamaie SILA KLIK DI SINI

Video Persembahan Kalam Jamaie

SM Imtiaz Kuala Terengganu ( dalam proses)

SM Imtiaz Kuala Berang ( dalam proses)

SM Imtiaz Besut ( dalam proses)

SM Imtiaz Kemaman ( dalam proses)

SM Imtiaz Dungun ( dalam proses)