
Tag: STEM
Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon C) 2026

Bengkel Robotik & Pengaturcaraan Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz YT Bagi Pertandingan National Robotic Competition (NRC) Tahun 2026

11-13 Jun 2026
SM Imtiaz YT SetiuPihak Yayasan Terengganu dengan kerjasama Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd telah mengajurkan program ini bagi meningkatkan kemahiran teknologi robotik di kalangan pelajar Imtiaz. Peserta dari Imtiaz Kuala Terengganu telah mendapat Johan bagi kategori STEM Tarik Tali.
Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Marang, 23 – 25 Nov 2025: Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2025. Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bertempat di BSaS Aeronautics, SMK Bukit Sawa, Marang, Terengganu.
Seramai 48 orang pelajar Tingkatan 1 dari Seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah terlibat sebagai peserta. Bengkel ini adalah sebuah program berpusat seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu dengan kerjasama BSas Aeronautics SMK Bukit Sawa.
Bengkel ini secara keseluruhan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia avionik dan aeroangkasa, memupuk minat dalam STEM, mengembangkan kemahiran berfikir dan kerja berpasukan melalui aktiviti praktikal, serta mendorong aspirasi kerjaya dalam bidang teknologi dan penerbangan selaras dengan hasrat melahirkan generasi Ulul Albab yang holistik dan berdaya saing.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
