Tag: hafazan al quran

Hafazan Al-Quran Itqan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

🗓️ 14 Jun 2026
📍 UIAM, Gombak

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak soleh pintar IKT, Muhammad Aliff Firdaus Bin Mohd Risham, pelajar Tingkatan 2 di atas kejayaan menjadi Johan (Kategori 5 Juzuk Lelaki) Hafazan Al Quran Itqan Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M. Didoakan semoga terus melakar nama IKT di pentas yang lebih tinggi.

Kem Hafazan Cuti Sekolah 2025

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kelas Tahsin Al Quran Tingkatan 1

Pada 15 Jun yang lalu Ulul Albab telah menganjurkan Kelas Tahsin Al Quran untuk pelajar Tingkatan 1 untuk pelajar yang lemah dalam hafazan. Ianya dikendalikan oleh Panitia Hifz Al Quran.

Ianya di adakan di Surau TokKu Paloh SM Imtiaz K.Trg. Semua Guru tingkatan 1 terlibat dalam program ini.

Semoga program ini akan memberi impak yang besar kepada pelajar tingkatan 1 yang lemah dalam bacaan dan hafazan.

Hafazan Al-Quran Setiap Pagi

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Program hafazan Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi sekolah ini. Pada waktu persekolahan, mulai jam 7.30 hingga 9.30 pagi, guru tasmi’ akan mendengar pelajar menghafaz Al-Quran mengikut halaqah masing-masing. Ianya bertujuan untuk melihat sejauhmana pencapaian sebenar pelajar dalam menghafaz Al-Quran  setelah mereka mengulang bacaan di sebelah malam dan subuh.

Guru berkenaan akan mencatat helaian yang dibaca dan dihafaz.