Tag: BENGKEL

Bengkel Pengacaraan & Protokol Majlis 2025

Unit Perhimpunan dan Protokol Majlis sekolah telah menganjurkan sebuah bengkel Pengacaraan dan Protokol Majlis pada hari ini di Dewan As-syatibi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang melibatkan 118 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Badan Pengawas Asrama dan beberapa pelajar yang berminat dalam bidang pengacaraan. Pihak pengajur juga telah menjemput MC Diraja iaitu Tuan Haji Ahmad Syafri Husnaini bin Haji Mohamad daripada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu sebagai moderator program ini.

Bengkel pengacaraan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar tersebut dalam mengendalikan majlis secara profesional. Bengkel ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuk teknik pengacaraan, kawalan majlis, penggunaan gelaran rasmi, dan pembinaan keyakinan diri.

Objektif bagi bengkel pengacaraan ini adalah:
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pengendalian pengacaraan dengan lebih jitu dan sistematik.
  • Mewujudkan dan mengembangkan potensi dalam diri pelajar yang ingin menjadi pengacara dalam sesuatu majlis.
  • Memberi kefahaman mendalam tentang cara melaksanakan tugas pengacaraan majlis dengan sempurna mengikut amalan protokol semasa.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

𝗕engkel “Oh My Tajwid” Tingkatan 1

Al-Quran merupakan mukjizat agung yg perlu dijaga dan dipelihara oleh kita sebagai umat Islam. Bahkan sebagai Huffaz Al-Quran, seharusnya lebih memberi penekanan yang sewajarnya dalam bacaan Al-Quran agar tajwid, makhraj dan sifat huruf dapat dialunkan dengan sempurna. Justeru itu, guru halaqah Al-Quran Tingkatan 1 mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ‘Oh My Tajwid’ bagi memberi galakan kepada semua pelajar tingkatan 1 agar dapat mengaplikasikan bacaan yang baik dalam hafazan Al-Quran.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Bengkel Pengurusan Laman Web Sekolah

Slide1SMIYT KTRG SBT , 17 Februari : Pembinaan laman web sesebuah sekolah amat perlu ketika ini sebagai sumber maklumat agar orang luar dapat mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih cepat. Ianya bertepatan dengan zaman kini yang canggih dan mereka sudah begitu sinonim dengan kemajuan masa kini.

Justeru itu , seramai 15 pegawai yang terdiri daripada Juruteknik Komputer / EIO Ā dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu yang mengendalikan laman web sekolah telah dipilih untuk mengikuti Ā bengkel tersebut Ā pada hari ini bertempat di makmal komputer sekolah.

Ianya dikendalikan oleh Encik Rozaizam bin Yusoff , Penolong Pegawai Tadbir ( Teknik & ICT ) dari Yayasan Terengganu.

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8

 

Bengkel Algebra

Slide1SMIYT KTRG SBT , 12 November : Pihak sekolah telah mengambil pendekatan terbaru dengan mengadakan bengkel algebra untuk pelajar tingkatan 3 & 4 mengenai topik matematik dan matematik tambahan melalui kaedah Algebra bertempat di Aspuri hari ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Nelson Tee , pelajar Master Matematik Universiti Malaysia Terengganu.

Semoga dengan bengkel ini , pelajar akan dapat menguasai subjek tersebut dengan kemahiran Algebra.

Slide5Slide4Slide3