Slide2STADIUM NEGERI , 22 Oktober : Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan badminton sekolah yang telah berjaya membawa pulang piala Suprima’s yang telah diadakan selama 2 hari bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Pertandingan ini dianjurkan oleh SMK Sultan Sulaiman dengan kerjasama Proton Edar dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Pertandingan merebut piala suprima’s ini disertai sebanyak 12 buah sekolah Kuala Terengganu Selatan.

Dalam peringkat separuh akhir , pasukan sekolah berjaya menjinakkan pasukan dari SMK Chung Hwa Wei Sen dengan mata 2 – 1, manakala pada peringkat akhir pula , dengan penuh bergaya , pasukan sekolah menundukkan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan mata 2 – 0

Tahniah dan syabas kepada jurulatih Cikgu Mokhtar dan Ustaz Kalmani.

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan perlawanan akhir.

Perseorangan pertama

Arif Sulaimi bin Shaffiei

 

Bergu Pertama Perempuan

Wan Nurul Hidayah bt Wan Ahmad

Munirah

 

Bergu Kedua lelaki

Mohd Mawardi bin Mohd Rani

Mohd Hidayat bin Ahmad Zohri