BANDUNG : Pada awal disember yang lalu, Pihak sekolah telah menghantar 2 orang guru dan 12 orang pelajar ke Bandung, Indonesia.

Program Rehlah Ilmiah Wa Quraniah ke Bandung, Indonesia ini telah dirancang dari awal lagi oleh Panitia Pendidikan Islam. Ini merupakan kesinambungan dari lawatan kumpulan pengurusan sekolah yang di ketuai oleh Puan Pengetua Ke SMK TI Boarding School Daarut Tauhiid pada tahun 2011. Di antara hasilnya, telah di dapati di SMK TI Daarut Tauhid ini ialah :

a)         Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi untuk berdikari serta berlumba-lumba  untuk menjayakan diri.

b)         Sistem atau program hafazan yang dilaksanakan di sekolah ini mempunyai halatuju dan objektif yang hampir sama seperti SM  imtiaz YT Kuala Terengganu.

c)         Di samping itu, pelajar yang menuntut di sekolah ini juga didedahkan dengan pembelajaran yang berkaitan teknologi moden dan terkini seperti teknologi elektrodigital, robotic serta web dan  multimedia yang mana telah dilaksanaan di SM imtiaz YT Kuala Terengganu dalam program Ulul Albab.

Program Rehlah Ilmiah Wa Quraniah ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar melihat dan merasai sendiri suasana melalui pemerhatian dan perkongsian pintar bersama pelajar SMK Daarut Tauhiid sepanjang program dilaksanakan untuk terapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SM imtiaz YT Kuala Terengganu .

Program ini juga merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan pihak sekolah terhadap pelajar ini yang telah menunjukkan prestasi dan mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan atau penyertaan oleh Panitia Pendidikan Islam.

2 orang guru ialah Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar dan Ustaz Ridzuan bin Aziz. Manakala pelajar pula terdiri daripada Muhamad Hasif b Kamal, Amir Fahmi b Abdullah, Muhammad Izzat Farhan b Fazri, Muhammad faris b Deraman, Ahmad Baihaqi b Lukman, Najib Solihin b Nasharuddin, Nur Izzati bt Zakaria, Siti ‘Aisyah bt Muhdi, Izz bt Ismail, Aliaa Syafiqah bt Omar, Nur Farah Insyirah bt Embong dan Sharifah Nurul Husna bt Syed Ibrahim Halmi.

Mereka dipilih berdasarkan sumbangan dan ketokohan dalam meningkatkan mutu hafazan Al Quran dan panitia Pendidikan Islam samada di Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Selain itu, peningkatan prestasi hafazan mereka setiap bulan serta markah ujian hafazan tertinggi yang diuji oleh guru-guru Tasmi’ Al Quran.

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI