Slide79SMIYT KTRG SBT, 10 Mac : Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Sulong hari ini telah merasmikan Projek Gegar Gemilang PT3 dan SPM 2016 di Dewan Asyatibi.

Sebelum itu, beliau telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusof bin Othman , Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan MPIBG, Semua Penolong Kanan dan Ketua Jabatan . Turut bersama memeriahkan majlis ini ialah ibubapa pelajar PT3 dan SPM.

Projek Gegar Gemilang ini merupakan satu langkah awal bagi melihat pelajar yang akan menduduki peperiksaan Awam ini akan melipatgandakan usaha bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Lafaz Ikrar daripada semua pelajar PT3 dan SPM 2016 telah diketuai  oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Ahmad Noor Afifi.

 

Slide110Slide109Slide93Slide19Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI