Encik Mazlan Rasmi Majlis Penutup SEM

KUALA TERENGGANU, 25 Apr : Ketua Penolong Pengarah ICT Yayasan Terengganu, Encik Mazlan bin Che Wil hari ini telah merasmiskan Majlis Penutup Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) SM Imtiaz Kuala Terengganu bertempat di Dewan Asyatibi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi SEM Negeri Terengganu telah disambut oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta guru dan juga semua pelajar.

Sedikit pengenalan ringkas mengenai SEM.

Terdapat 3 peringkat d dalam Schoolwide Enrichment Model

TYPE ( I )

Penenrokaan am untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai disiplin ilmu.

 

TYPE ( II )

Aktiviti-aktiviti yang mengembangkan proses pemikiran secara kreatif dan kritis.

 

TYPE ( III )

Aktiviti kajian / penyelidikan untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

 

Objektif SEM adalah

a. Mengembangkan pemikiran saitifik, kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar

b. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik.

c. Memupuk semangat persaingan yang positif dalam kalangan pelajar

d. Mendedahkan pelajar terhadap ledakan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.

 

Klik DI SINI untuk melihat gambar menarik

Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 24 Apr : Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah di Makmal Biologi jam 10 pagi tadi.

Ianya diadakan selama 2 hari mulai hari ini dan akan berakhir pada hari esok.

Objektif program ini adalah

1. Untuk menjadikan sains sebagai subjek yang menyeronokkan

2. Menarik minat pelajar kepada pembelajaran sains.

3. Melatih para pelajar supaya lebih kreatif dalam menjalankan eksperimen sains.

4. Mengukuhkan pelajar dengan kemahiran manipulatif.

5. Mengaplikasikan pembelajaran sanis dalam kehidupan seharian.

 

Gambar menarik sila klik

Mohd Hasif Wakili Terengganu, Nasyid Tewas

KEMAMAN, 21 Apr : Mohd Hasif bin Kamal pelajar tingkatan 1 telah berjaya merangkul Johan dalam acara Tilawah Sekolah Menengah  setelah menewaskan 7 peserta lain yang telah di adakan di SMK Chukai, Kemaman dan sekaligus dapat mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Kuantan Pahang pada bulan Mei nanti.Sementara itu Pasukan nasyid sekolah yang telah menyertai peringkat akhir Karnival Dakwah peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak dapat mara ke peringkat kebangsaan apabila tewas kepada pasukan dari SM Bukit Sawa. namun begitu pasukan nasyid sekolah telah menunjukkan semangat sepasukan apabila mendendangkan 2 buah lagu nasyid  di karnival tersebut.

Tahniah dan syabas untuk pasukan nasyid dan tilawah sekolah.

Gambar selanjutnya

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan

KUALA TERENGGANU, 17 Apr : Buat pertama kalinya, SM Imtiaz K.Trg telah menyertai pertandingan ini yang bertajuk ” Afiq’s Secret Love”.

Pertandigan ini telah diadakan pada 16 Apr yang lalu di SMK Tengku Bariah. Pasukan sekolah yang terdiri daripada 15 peserta telah menunjukkan bakat dan kesungguhan yang baik walaupun tidak mendapat kedudukan yang terbaik.

Ianya berkisar tentang kehidupan Afiq dan keluarganya. Kesusahan hidup Afiq tidak membatakan kasih sayangnya terhadap haiwan.

Walupun gagal memperolehi kedudukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memberi pengalaman yang berharga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.

 

” WISH US GOOD LUCK IN THE FUTURE”

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World