Puan Pengetua Rasmi Pelancaran Guru Penyayang

KUALA TERENGGANU, 15 Mei : Majlis tersebut telah di adakan di dewan besar Asyatibi jam 9 pagi tadi.
Sekolah penyayang perlu diperkasakan untuk menjadi satu pendekatan dalam membendung masalah social dan menangani gejala ponteng sekolah. Program guru penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insane yang cemerlang dari segi akademik, amalan, sahsiah dan tingkahlaku serta mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.
Diantara objektif program ini adalah :
1. Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama kea rah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
3. Memabntu menangani pelbagai masalah social dalam kalangan murid.
4. Meningkatkan perasaan kasih saying dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
Manakala konsep penyayang pula adalah :
1. Mampu menyumbang kea rah melahirkan masyarakat penyayang.
2. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.
3. Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang cakna terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
4. Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
5. Mampu membina jati diri murid serta dapat mengcungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
6. Mampu melahirkan guru-guru yang ‘first in, last out’ di sekolah.
Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh puan pengetua, Ustazah mardziah binti Che Abdullah.
Dalam program yang sama, seramai 4 orang pelajar telah diraikan kerana menyambut hari jadi mereka dengan memotong kek yang telah disediakan.
Sebelum majlis bersurai, semua mentor telah memberikan kek kepada mentee sebagi tanda simbolik kasih sayang guru terhadap pelajar.

Klik DI SINI untuk gambar selanjutnya

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) untuk Guru

KUALA TERENGGANU , 10 Mei : Kursus ini telah di adakan di bilik kuliah. Ianya bermula 2.45 petang tadi dan berakhir 4.30 petang yang dihadiri semua guru

Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Encik Norazman bin Mohd Noor.

Semoga semangat guru dalam mendidik pelajar terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.

Gambar selanjutnya

Kursus Tajwid Guru dan Kakitangan Siri II

KUALA TERENGGANU, 10 Mei : Kursus ini telah di adakan di Bilik Kuliah yang dihadiri semua guru al-Quran.

Bagi membincangkan perkara tersebut, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) Yang Berbahagia Ustaz Muhad bin Bidin yang merupakan Penolong Pengarah Bahagian Akademik. Turut hadir adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Ketua Jabatan al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Menurut Ketua Jabatan Agama yang merupakan Penyelaras Kebitaraan PAI SKK, tujuan kursus ini di adakan adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru Al-Quran agar P & P al-Quran lebih berkualiti.

Disamping itu juga bagi memantapkan ilmu al-Quran untuk diajarkan kepada pelajar disamping menyebarkan ilmu tersebut kepada semua warga Imtiaz.

Gambar selanjutnya. KLIK DI SINI

SM Imtiaz K.Trg dan SMK Padang Midin Berkongsi Ilmu

KUALA TERENGGANU, 8 Mei : Seawal jam 8 pagi tadi, pihak sekolah telah menerima tetamu yang terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring bagi menyertai Program Kolaboratif Gemilang Bersama Pelajar SM Imtiaz K.Trg dan SMK Padang Midin.

Mereka telah didedahkan teknik menjawab soalan seterusnya menguji keilmuan mereka dengan menjawab soalan setiap matapelajaran yang diberikan.

Program ini amat sesuai diadakan demi melihat prestasi pelajar kedua-dua buah sekolah bagi menghadapi peperiksaan PMR 2012 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu tengahari ini.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan akan terus dinikmati.

Klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World