Majlis ini telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah.

Terdahulu dari itu, aktiviti melapah daging lembu telah dilaksanakan pada sebelah pagi. Seekor lembu telah disumbangkan oleh seorang bapa yang begitu perihatin terhadap sekolah ini iaitu Encik Razali yang mempunyai 3 orang anak yang sedang belajar di sini. Kelihatan beberapa orang guru serta kakitangan sedang melapah lembu yang diadakan secara gotong royong.

Kerja-kerja memasak telah dilakukan oleh gabungan tukang masak, tukang kebun dan juga pengawal keselamatan. satu kombinasi yang begitu menakjubkan.

Pada sebelah petang pula, pendaftaran ibu bapa telah diadakan sebelum ketibaan perasmi iaitu Encik Mazlan bin Che Wil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu. Kehadiran YDP MPIBG iaitu Tuan Haji Mohd Zulkifli juga telah memeriahkan lagi majlis tersebut yang telah disambut oleh pengurusan sekolah terdiri dari puan pengetua, Semua Penolong kanan dan beberapa orang guru.

Puan pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan majlis sebagai ucap aluan kepada semua ibu bapa yang hadir. Kelihatan juga penyumbang lembu untuk majlis ini Encik Razali. Ucapan seterusnya ialah YPD Tuan Haji Mohd Zulkifli bagi menerusnya ucapan sebagai Yang Dipertua MPIBG Sekolah.

Encik Mazlan bin Che Wil telah memulakan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Khatam Quran dan Ifthor Jamaie bagi tahun 2011. Disusuli dengan bacaan Al Quran bagi Majlis Khatam Al Quran.

Pada jam 6.30 petang, satu Tazkirah Ramadhan telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis dan selepas itu solat Maghrib berjamaah serta solat hajat sebelum majlis berbuka puasa di adakan. Pada tahun ini sambutan di luar jangkaan pihak pengurusan sekolah kerana ramai ibubapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh ibubapa pelajar. Tahniah diucapkan.