Slide1SMIYT KTRG SBT , 24 April : Seramai 44 murid dan 4 orang guru dari SK Pulau Rusa Kuala Terengganu telah mengunjungi Sekolah ini jam 8.15 pagi tadi.

Mereka telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Che Kadijah binti Che Abdullah, Setiausaha sekolah dan Cikgu faridah, Kanselor sekolah.

Rombongan tersebut diketuai oleh Cikgu Abdullah Penolong Kanan serta 3 orang guru yang lain.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi motivasi kepada murid tahun 6 sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Mereka telah dibawa ke dewan besar dan surau bagi melihat sendiri kaedah hafazan Al Quran yang dilaksanakan di sini.

 

Slide6Slide5Slide11

Gambar selanjutnya akan menyusul