KUALA TERENGGANU, 14 Jan : Kursus ini telah diadakan pada pagi tadi mulai jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Kuliah. Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Semua Ketua Jabatan serta guru menghadiri kursus ini.

Pihak pengurusan sekolah telah mengundang seorang penceramah untuk memberikan maklumat penting kepada semua guru mengenai pentingnya penggunaan Blog bagi Pengajaran dan Pembelajaran.

Penceramah yang dimaksudkan ialah Puan Yusnita binti Md Yunus seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Menurut beliau, Penggunaan Blog ini amatlah penting kepada semua guru bagi memberikan perkembangan terbaru kepada pelajar atau pelajar dapat memberikan respon mengenai apa yang hendak guru sammpaikan.

Di antara kepentingan lain ialah, blog juga boleh dijadikan platform untuk tips-tips menjawab soalan dan sebagainya. Ianya juga dapat mempamirkan kerja-kerja pelajar untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Selain daripada itu, semua pelajar dapat mencari makna perkataan melalui penggunaan kamus online yang disediakan. Penggunaan blog juga merupakan medium untuk pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kesan positif terhadap pelajar.

Klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya