KUALA TERENGGANU , 30 Disember : Kursus selama satu hari ini telah diadakan di Grand Continental Hotel yang melibatkan semua guru dan kakitangan pelbagai jawatan. Kursus ini diadakan adalah lanjutan daripada pengiktirafan sekolah berprestasi Tinggi .

Dalam ucapan aluan Puan Pengetua SBT SMIYT K.TRG, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang juga membentangkan  Panduan Penyediaan Kertas Kerja Untuk Program Peruntukan Khas SBT, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah berkesempatan meraikan majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diadakan pada 27 Disember yang lalu di Putrajaya.

Dalam majlis tersebut juga beliau mengucapkan selamat datang kepada Kaunselor baru iaitu Puan Ramlah binti Abdul Rahman yang akan mula bertugas bermula 1 januari 2013. Beliau juga memuji semua guru serta kakitangan yang selama ini berjuang dengan penuh semangat dengan memberi tumpuan sebaik mungkin, sepenuh hati dan dengan cemerlang sehingga sekolah diberi pengiktirafan sekolah Berprestasi Tinggi. “ Kita haruslah bersyukur dan terus berazam, Kita akan teruskan perjalanan ini kerana banyak perkara yang perlu dilakukan dengan peruntukan yang diberi”.katanya.

“ Bukan sahaja mahu mencemerlangkan sekolah tetapi tugas utama semua guru dan kakitangan ialah memastikan sekolah kita menjadi sekolah yang terbaik bagi melahirkan pelajar-pelajar hafiz dan hafizah yang cemerlang”.Ujarnya lagi

Bagi Slot Budaya Kerja Berprestasi Tinggi, pihak Sekolah telah mengundang seorang penceramah yang merupakan pengetua cemerlang dari SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan iaitu Tuan Haji Shaffie bin Awang. Mendapat pendidikan awal daripada USM dalam bidang matematik Biology, kemudian menyambung pelajaran Diploma Pendidikan di Osaka Universiti, Jepun. Menyambung Master education di Universiti Sydney Australia dan pernah mendapat biasiswa sebanyak 2 kali dari KPM. Beliau menpunyai pengalaman sebagai pensyarah Maktab selama  17 tahun iaitu di Keningau Sabah, Maktab Perguruan Batu Rakit dan Maktab Perguruan Kota Bharu. Bertugas sebagai guru selama 4 tahun di SMK Sri Intan,Machang kelantan. Menjadi Pengetua di SMK Air Puteh Kemaman sebelum berpindah ke SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra pada 16 Julai 2011. Sekarang beliau adalah pemangku Pengetua Cemerlang DG54.

Gambar sekitar kursus DI SINI