KUALA TERENGGANU, 7 Okt: Program Kuliah Kerohanian ini diadakan di Surau Toku Ku Pulau Manis dengan mengundang seorang penceramah iaitu Ustaz Ahmad Roslin. Beliau merupakan Imam Masjid Al Muktafi Billah, Ladang, Kuala Terengganu.
Program ini bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Dalam kuliah tersebut, beliau banyak memperkatakan mengenai pengaruh kaum Yahudi dan Nasrani untuk menghasut umat Islam agar terpesong dari landasan yang sebenar.
Beliau juga berharap, semua pelajar berhati-hati dan berwaspada dengan hasutan ini kerana mereka yang tidak mempunyai pegangan Islam yang kuat, nescaya akan termakan ajakan atau mengikut rentak budaya tersebut.
Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.
“ Dakyah yang dilakukan oleh orang Kristian adalah untuk menghasut orang-orang Islam supaya terpesong daripada akidah yang sebenar. Mereka cuba mempengaruhi orang Islam melalui pakaian,makanan dan lain-lain lagi agar kita lalai mengikuti etika pemakaian dan pemakanan yang diprintahkan oleh Allah.
Sebagai seorang pelajar yang beriman kepada Allah, perlulah menilai perbuatan baik dan buruk agar pengaruh luar tidak mudah mempengaruhi diri kita semua.
Kita juga jangan mengikut rentak pihak luar kerana Allah berfirman yang bermaksud, jangan kamu cenderung kepada perkara-perkara yang zalim dan tidak baik kerana akan merosakkan akidah kamu.
Kekejaman yang dilakukan oleh orang Yahudi terhadap lelaki, perempuan serta kanak-kanak . Mereka sanggup membunuh kerana bencikan Islam. Oleh itu marilah sama-sama kita sentiasa bertaqwa kepada Allah agar mereka tidak mudah mempengaruhi diri kita semua.
You are here : Portal Rasmi SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU ,20050 Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia » Asrama » Kuliah Kerohanian Bersama Imam Masjid Al Muktafi Billah
Leave a Reply
Related Articles From This Category
Kursus Pengendalian Jenazah
Posted On Sunday, October 27th 2019SM IMTIAZ K.TRG:Pada 23 okt yang lalu,satu kursus pengendalian Jenazah untuk pasca tingkatan 3 telah di adakan di surau sekolah. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ...
Hubungan Erat Ibubapa , Pengurusan Asrama dan Pelajar
Posted On Wednesday, January 31st 2018SMIYT KTRG SBT , 31 Jan : Imtiaz Kuala Terengganu mengamalkan dasar keterbukaan kepada ibubapa yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun material yang ...
Program Simulasi Buli Di Asrama
Posted On Wednesday, January 31st 2018SMIYT KTRG SBT , 30 jan : Satu program khas berkenaan buli di Asrama telah diadakan malam tadi di Dewan Asyatibi. Selaras dengan KPI Tuan Pengetua, ...
Tazkirah Jumaat
Posted On Friday, April 14th 2017SMIYT KTRG SBT , 14 April : Tazkirah Jumaat merupakan aktiviti Mingguan terutama pada setiap malam Jumaat. Ianya bertujuan mendalami ilmu agama kepada semua pelajar Asrama. Tazkirah ...
Qiamullail
Posted On Friday, April 14th 2017SMIYT KTRG SBT , 14 April : Seawal jam 4.15 pagi tadi semua pelajar telah berada di surau bagi mengikuti program Qiamullail. Majlis dimulakan dengan Solat ...
-
Artikal Terbaru
- KELAS TAHSIN AL QURAN TINGKATAN 1
- PENGOPERASIAN FOGGING DI ASRAMA 2022
- Gotong Rotong Pengoperasian Buku
- BACAAN SURAH AL-KAHFI
- SOLAT JUMAAT BERSAMA WARDEN
- TAKLIMAT KHAS KEPADA PELAJAR ASRAMA 2020
- Kursus Pengendalian Jenazah
- Pengerusi ANGKASA N.Trg Rasmi AKKS 2019
- Karnival Sinergi iKT 2019
- MAJLIS PENUTUP PROGRAM KHAS ASASI IMTIAZ 2018
-
Pewaris Syurga Firdaus
Menjaga dan khusyuk di dalam menunaikan solat.
Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Menunaikan zakat.
Menjaga kemaluannya.
Memelihara amanah.
Menunaikan janji.
Tidak melampaui batas di dalam tindakan.
Pelawat Hari ini
Daftar Masuk
-