Category: Ulul Albab

Program Solat Hajat Perdana Bersama Ibu bapa, Guru dan pelajar PMR 2011

KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Hampir semua ibu bapa telah menghadiri program ini yang telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis, SMIYTKT. Tidak ketinggalan juga semua pihak pengurusan sekolah, semua guru PMR telah menghadiri program ini yang bermula jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam.

Menurut Penyelaras Projek PMR 2011, Puan Rozila binti Sulong, Program ini telah dianjurkan di bawah Projek Aspirasi Permata Gemilang PMR 2011.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memotivasikan pelajar tentang pentingnya hubungan dan restu daripada ibu bapa untuk menghadapi peperiksaan.

Disamping itu juga memberi keyakinan dan panduan kepada pelajar agar dapat memantapkan lagi persediaan dalam waktu terdekat menjelang peperiksaan.

Tambahnya lagi, selain daripada itu ianya juga dapat mendedahkan tips tentang keibubapaan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membimbing anak jagaan mereka khasnya calon PMR 2011.

Selain daripada solat hajat, program yang berunsurkan motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Nor.

Gambar seterusnya sila klik DI SINI

Majlis Pelancaran PMR Di Ambang 40 Hari

Majlis ini telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di bilik Kuliah yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz Encik Mazlan bin Che Wil

Beliau juga telah memberi perangsang kepada calon PMR agar sentiasa lebih peka terhadap pelajaran lebih-lebih hanya tinggal 40 hari sahaja lagi bagi menghadapi peperiksaan PMR.

Menurut Pengurus Projek PMR, Cikgu Rozila, tujuan diadakan majlis ini adalah supaya calon PMR 2011 dapat meningkatkan lagi tahap pembelajaran serta bertungkus lumus bagi menghadapi peperiksaan itu nanti.

SEMOGA CALON PMR 2011 AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN AGAR MENDAPAT RANGKING YANG TERBAIK DAN SETERUSNYA MENGATASI SEKOLAH LAIN

Majlis Khatam Quran dan Ifthor Jamaie

Majlis ini telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah.

Terdahulu dari itu, aktiviti melapah daging lembu telah dilaksanakan pada sebelah pagi. Seekor lembu telah disumbangkan oleh seorang bapa yang begitu perihatin terhadap sekolah ini iaitu Encik Razali yang mempunyai 3 orang anak yang sedang belajar di sini. Kelihatan beberapa orang guru serta kakitangan sedang melapah lembu yang diadakan secara gotong royong.

Kerja-kerja memasak telah dilakukan oleh gabungan tukang masak, tukang kebun dan juga pengawal keselamatan. satu kombinasi yang begitu menakjubkan.

Pada sebelah petang pula, pendaftaran ibu bapa telah diadakan sebelum ketibaan perasmi iaitu Encik Mazlan bin Che Wil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu. Kehadiran YDP MPIBG iaitu Tuan Haji Mohd Zulkifli juga telah memeriahkan lagi majlis tersebut yang telah disambut oleh pengurusan sekolah terdiri dari puan pengetua, Semua Penolong kanan dan beberapa orang guru.

Puan pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan majlis sebagai ucap aluan kepada semua ibu bapa yang hadir. Kelihatan juga penyumbang lembu untuk majlis ini Encik Razali. Ucapan seterusnya ialah YPD Tuan Haji Mohd Zulkifli bagi menerusnya ucapan sebagai Yang Dipertua MPIBG Sekolah.

Encik Mazlan bin Che Wil telah memulakan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Khatam Quran dan Ifthor Jamaie bagi tahun 2011. Disusuli dengan bacaan Al Quran bagi Majlis Khatam Al Quran.

Pada jam 6.30 petang, satu Tazkirah Ramadhan telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis dan selepas itu solat Maghrib berjamaah serta solat hajat sebelum majlis berbuka puasa di adakan. Pada tahun ini sambutan di luar jangkaan pihak pengurusan sekolah kerana ramai ibubapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh ibubapa pelajar. Tahniah diucapkan.

Hubungan 2 Hala Antara SMK Padang Midin dan SM Imtiaz K.Trg Berjaya

Program Menyerlahkan diri pelajar yang di adakan di dua buah sekolah bagi meningkatkan pencapaian dalam PMR 2011 yang melibatkan antara SMK Padang Midin dan SM Imtiaz Kuala Terengganu jelas memberi nafas baru kepada sekolah tersebut.

Ini kerana latihan demi latihan telah diberikan kepada pelajar. Diharap pelajar yang menduduki PMR 2011 akan memperolehi kejayaan  yang akan di adakan tidak berapa lama lagi.