Category: Maklumat Am

Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Slide1KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya sekolah ini telah mencipta sejarah apabila menerima anugerah Kualiti Menteri Pendidikan tahun 2014 bagi kategori Sekolah Luar Bandar yang diadakan pada 20 November baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Yasin Menteri Pendidikan Merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Dengan anugerah tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu membawa pulang RM50,000.00.

Kepada semua warga pendidik , Kakitangan serta pelajar diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Sekolah ini menerima anugerah berprestij itu.

Tahniah dan Syabas!!!

Slide1Slide3Slide2

Anugerah Koperasi Sekolah Peringkat kebangsaan

Slide4SARAWAK : Penghujung tahun 2014 menyaksikan sekolah ini telah menerima anugerah Koperasi Sekolah Hos 5 Bintang Peringkat Kebangsaan yang disampaikan ย oleh Dr Abdul Rahman bin Junaidi , Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai.

Anugerah ini telah diterima oleh Puan Pengetua sendiri , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dengan membawa pulang RM5,000. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik dan juga seluruh kakitangan sekolah ini serta semua pelajar yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi mengecapi kejayaan yang terbesar ini.

Slide6

Tahniah dan syabas!!!!

PPD Kuala Muda Yan Kedah Lawat Sekolah

Slide3SMIYT KTRG SBT , 2 November ; ย Pagi ini pihak Pengurusan Sekolah telah menerima kunjungan daripada Pejabat pendidikan Daerah Kuala Muda , Yan Kedah dalam rangka lawatan sebagai penandaarasan.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bersama semua Penolong Kanan. Mereka kemudian dibawa melihat suasana pelajar menghafaz Al Quran di Surau dan Balai Quran sebelum mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah dan proses pembelajaran di sini.

Slide5Slide12Slide16

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pemantauan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014

Slide5SMIYT KTRG SBT , 13 : Tahniah kerana sekolah ini telah dicalonkan penerima anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014.

Seramai 3 orang pegawai dari Negeri Sembilan , Kedah dan Selangor telah hadir ke sini untuk membuat pemantauan bagi anugerah tersebut. Semoga sekolah ini akan mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Slide1Slide2Slide3Slide7