Category: Maklumat Am

Lawatan Penandaarasan Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, Terengganu

Slide99SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan dari Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus. Rombongan ini terdiri daripada 8 orang guru yang diketuai oleh Pengetua, Ustaz Wan Embong bin Wan Ngah dan 120 orang pelajar.

Rombongan ini telah dibawa ke Surau untuk melihat pelajar sekolah ini menghafaz Al Quran sebelum mereka diberi taklimat khas mengenai perkembangan sekolah.

Slide98Slide102Slide103Slide105

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penandaarasan SMA Bukit Ibam, Pahang

Slide6SMIYT KTRG SBT, 14 Fabruari : Seramai 11 orang guru pengiring dan 70 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan penandaarasan hari ini.

Rombongan ini disambut oleh pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum serta semua Ketua Jabatan.

Rombongan tersebut telah dibawa melihat pelajar menghafaz Al Quran di Surau dan Balai Quran sebelum mendengar taklimat mengenai sekolah oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan.

Selepas sesi taklimat mereka di bawa pula ke bilik galeri sekolah dan melihat persekitaran sekolah dan asrama.

Slide40Slide33Slide30Slide16Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ustazah Mardziah , Cikgu Ariffin , Teacher Wawa Di Raikan High Tea Di Primula Hotel

Slide13SMIYT KRG SBT, 28 Januari : Jamuan High Tea Di Primula Hotel merupakan acara kemuncak bagi meraikan persaraan Cikgu Ariffin , pertukaran Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah sebagai Pengetua SMA Khairiah serta pertukaran Teacher Wawa ke SMK Dato’ Lela Segara Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Zakaria wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Azman , Penolong Pengarah Quranik Yayasan Terengganu , Encik Azwandi , Penolong Pengarah Ijtihadik , Encik Sabri yang mewakili YDP MPIBG , Tuan Pengetua Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua guru dan kakitangan sekolah.

Dalam ucapan  Ustazah Mardziah dan Cikgu Ariffin , mereka begitu  terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas majlis tersebut.

Slide51Slide45Slide22Slide24Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Gotong Royong Sempena Cegah Aedes Peringkat Sekolah

Slide21SMIYT KTRG SBT, 28 Januari : Sempena Cegah Aedes Negeri Terengganu, satu aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dan asrama telah diadakan pagi ini.

Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman yang memaklumkan bahawa semua guru dan pelajar perlu meningkatkan kesedaran tentang bahayanya nyamuk aedes ini yang membawa kepada demam denggi. Selaras dengan seruan Kerajaan Negeri Terengganu, pihak sekolah menyahut cabaran ini dengan mengadakan program gotong royong peringkat sekolah.

Beliau seterusnya merasmikan program ini.

Slide27Slide19Slide17Slide8Slide5Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI