Category: Hal Ehwal Murid

Lawatan dari SMA Rawang

Hari ini pihak sekolah telah menerima kunjungan dari pelajar SMA Rawang Selangor.

Kunjungan mereka telah disambut mesra oleh Pengurusan Sekolah serta  Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ). Mereka terdiri daripada pelajar asrama sekolah tersebut.

Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat sistem pembelajaran di dalam kelas serta melawat asrama.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

 

Majlis Ihtifal 2011 Penuh Warna Warni

KUALA TERENGGANU, 26 Okt : Kehadiran Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memeriahkan suasana apabila merasmikan majlis Ihtifal yang penuh warna warni itu yang diadakan di dewan Assyatibi jam 8.40 malam.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk meraikan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM serta menghimpun seluruh pelajar aspura dan aspuri serta menjemput para guru dan kakitangan bagi merancakkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Usaha gigih para pelajar bagi menyiapkan majlis agar berjalan dengan lancar harus dipuji.

Pelbagai juadah telah disediakan dengan hidangan yang begitu enak.

Sebelum majlis tersebut dirasmikan, puan pengetua terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan majlis serta Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011 / 2012 yang telah berjaya mengadakan majlis ini.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk ditontoni oleh  guru dan kakitangan yang hadir. Antaranya ialah persembahan dari pelajar tingkatan 1  dan 5 serta cabutan bertuah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya.

Pengetua Rasmi Majlis Penutup

BATU RAKIT, 1 Ogos: Seramai 78 pengawas sekolah yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Sekolah dan Majlis Pengawas Asrama telah mengakhiri Kem Jati Diri tengahari tadi.

Majlis penutup Kem tersebut telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Dalam ucapan majlis tersebut, beliau berharap semua pengawas sekolah dapat menjalankan kewajipan sebagai pengawas dengan lebih jujur dan rasa bertanggungjawab. Beliau juga berharap semua pengawas yang dilantik dapat membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama agar masalah disiplin serta perkara lain dapat diselesai dengan baik.

Pengawas Sekolah Sertai Kem Jati Diri

BATU RAKIT, 29 Sept: Kem ini telah bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 1 Oktober 2011. Ianya diadakan di Pusat Kecemerlangan Pendidikan JHEAT , Batu Rakit Kuala Terengganu.

Menurut Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Kem ini disasarkan kepada semua Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ), Majlis Pengawas Sekolah ( MPS ) dan Majlis Pengawas Asrama ( MPA ).

Ianya bertujuan untuk menjadikan semua pengawas lebih berwibawa dalam menjalankan tugas sebagai pengawas serta memimpin pelajar lain dengan lebih tersusun dan kemas.

Selain dari itu juga, ianya diharap apabila selesai kem tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menjadi pelajar yang mempunyai kepimpinan yang lebih utuh dan seterusnya dapat menaikkan nama sekolah.

Galeri gambar sila klik DI SINI