Category: Hal Ehwal Murid

Puan Pengetua Lancar Sistem Firqah

KUALA TERENGGANU, 1 Feb : Sistem yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah petang tadi di Dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu, Penolong Kanan HEM, Tuan haji Ahmad Rdihuan bin Abd Ghani selaku orang yang bertanggungjawab melaksanakan sistem firqah ini telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan pengetua serta guru dan pelajar di atas kerjasama yang diberikan ke arah memajukan sekolah dengan melibatkan semua aktiviti.

Dalam ucapan puan pengetua, beliau berharap dengan adanya sistem seumpama ini akan memberikan kesan yang positif dalam semua aspek bukan hanya di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan guru.

Di antara objektif sistem firqah ini ialah dapat melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ” School with character” ( sekolah berwatak. Disamping itu juga dapat membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antara objektif lain ialah dapat memperkasakan jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya kepimpinan. Juga dapat mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid dan mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ” sense of belonging” dengan menanam perasaan ” menyayangi yang muda, menghormati yang tua” antara ahli firqah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Latihan Kawad Mingguan

KUALA TERENGGANU, 27 Jan : Setiap minggu latihan kawad kaki telah diadakan di dataran SM Imtiaz K.Trg. Ianya diadakan selama 2 jam yang bermula jam 7.30 hingga 8.30 pagi bagi pelajar perempuan manakala 8.30 hingga 9.30 pagi bagi pelajar lelaki.

Latihan kawad ini telah dipantau dan dilatih oleh seorang petugas khas iaitu Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim iaitu bekas jurulatih dari PLKN.

Pelajar Pulang Ke Kampung

KUALA TERENGGANU, 19 Jan : Hari ini semua pelajar pulang ke kampung sebagai balik wajib. Sempena Tahun Baru Cina, hari ahad merupakan cuti peristiwa bagi sekolah ini.

Semua pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada petang selasa 24 Jan 2012 tidak lewat jam 6 petang.

Untuk mendapatkan Jadual balik Kampung bagi tahun 2012, sila muat turun secara percuma di ruangan MUAT TURUT PERCUMA.

Pertandingan Kelas Kondusif Dilancarkan Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 18 Jan : Pertandingan ini telah dirasmikan oleh puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Beliau telah memulakan lawatan ke kelas tingkatan 4 Abu Amru yang merupakan johan bagi bulan januari dengan mengumpul 87 markah. Guru kelas ialah Ustazah Zuraida.

Semua guru kelas hadir bagi mengiringi puan pengetua.

Tahniah dan syabas

Berikut adalah keputusan penuh bagi bulan januari 2012.

Johan : tg 4 Abu Amru

Kedua : Tg 2 Ibn Kathir

Ketiga : Tg 4 Ibn Amir

ke 4 : Tg 4 Ibn Kathir

Ke 5 : Tg 2 Abu Amru

Ke 6: Tg 2 Nafi’

Ke 7 : Tg 3 Ibn Kathir

Ke 8 : Tg 5 Ibn Kathir

Ke 9: Tg 4 Nafi’

Ke 10: Tg 4 Asim

Ke 11: Tg 5 Abu Amru

Ke 12 : Tg 5 Nafi’

Ke 13: Tg 5 Ibn Amir

Ke 14: Tg 3 Abu Amru

Ke 15: Tg 2 Ibn Amir

Ke 16: Tg 3 Nafi’

Ke 17: Tg 3 Asim

Ke 18: Tg 3 Ibn Amir

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar