Category: Hal Ehwal Murid

Bakti Al Fateh Di Bumi Kemboja

IMG-20150425-WA0023Pada14 – 18 Mac yang lalu, rombongan Al Fateh bersama guru pengiring yang diketuai oleh Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Puan Pengetua ke Kemboja dalam misi bantuan kemanusiaan. Khidmat bakti Al fateh ini bertujuan sebagai kesinambungan program komuniti dengan melangkah lebih jauh dalam mencurah bakti dan menjalin persaudaraan dengan komuniti di Kemboja.

Selain daripada itu iainya juga memberi pengalaman dan muhasabah diri kepada pelajar dengan melihat sendiri, menjiwai dan menimbulkan rasa syukur melihat kekurangan dan kemiskinan pelajar muslim Kemboja. Dismapng itu juga dapat menjalin silaturrahim dan memperluaskan persaudaraan sesama umat Islam dan pendedahan kepada ilmu kemasyarakatan untuk dipraktik dalam dunia sebenar.

Dalam misi tersebut satu MOU telah dimeterai dengan Madrasah Syafie dan memberi sumbangan buat muslim di Kampung tersebut. Satu lawatan ke Keliling Field telah diadakan di mana tempat pembunuhan rejim Pol Pot. Rombongan Al Fateh ini telah berangkat pulang dan tiba di KLIA pada 18 Mac 2015.

Semoga bakti al Fateh ini mendapat keredhaan Allah selalu hendaknya.

IMG-20150425-WA0025IMG-20150425-WA0033IMG-20150425-WA0040

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

TAHNIAH ANAK-ANAK AL FATEH!!!!

Bersama Nor Amalina

Slide1SMIYT KTRG SBT , 27 April : Baru baru ini pihak pengurusan sekolah di bawah unit kauseling telah mengundang seorangpelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau ialah Nor Amalina yang menjadi idola pelajar terutama pelajar SPM di mana beliau memperoleh keputusan yang cemerlang sehingga mendapat perhatian di dada akhbar dan seluruh Malaysia.

Sebagai memberi semangat kepada pelajar sekolah ini, Nor Amalina telah memberikan tips-tips yang berguna serta memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.

Slide2Slide3Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SMA Al Maidah Ad Diniah Kunjungi Sekolah ini.

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 April : Hari ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan daripada SMA Al Maidah Ad Diniah , Padang Tengku , Kuala Lipis Pahang dalam lawatan penandaarasan.

Mereka terdiri daripada guru dan kakitangan serta pengawas sekolah.Bertujuan untuk melihat sendiri sistem pembelajaran di sini serta melihat pelajar menghafaz Al Quran diwaktu pagi.

Ketibaan rombongan ini seawal jam 7. 30 pagi dan disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri dari Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Ruslan bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM, Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Ulul Albab , Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip serta Ketua-ketua Jabatan.

Slide2Slide1

Kem Pemantapan Pengurusan Badan Kepimpinan Pelajar

Slide12ANGULLIA RESORT , 13 Mac : Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan pelajar sekolah , pihak pengurusan sekolah di bawah unit HEM telah mengadakan kem Pemantapan Pengurusan Badan Kepimpinan Pelajar bermula 12 hingga 14 Mac. Ianya terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Asrama, Majlis Pengawas Sekolah dan juga BADAR.

Program ini diadakan di Angullia Resort, Marang. Selain pemantapan Kepimpinan pelajar, juga mengukuhkan hubungan silaturrahim serta dapat bekerjasama antara satu badan kepimpinan agar mereka dapat menguruskan kerja-kerja dengan lebih baik dan teratur serta dapat membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama kearah pemantapan yang jitu dan dapat menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kem tersebut peserta telah mengadakan sesi pemurnian program dan mengemaskini fail badan masing-masing. Peserta juga dimantapkan dengan etika dan protokol dalam pengurusan majlis rasmi sekolah.

Slide14Slide63Slide70

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.