Category: Asrama

Santapan Rohani Bersama PK HEM

SMIYT K.TRG SBT, 11 Januari : Pagi ini semua pelajar berada di surau untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pada minggu ini beliau telah mengupas tajuk yang berkaitan ‘makanan rohani’ yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar di sekolah ini terutamanya pelajar asrama.

Beliau juga menekankan aspek keselamatan ketika bermain dan perlu menjaga tatasusila ketika bertemu dengan tetamu luar. Program ini bermula jam 11.15 pagi tadi dan berkahir 12.30 tengahari.

Kawad Pagi

SMIYT K.TRG SBT , 11 Januari : Bagi melahirkan pelajar yang cergas dan sihat serta bertenaga,  SMIYT K.Trg SBT mengambil pendekatan seperti tahun lalu dengan mengadakan kawad pagi setiap pagi jumaat di dataran Imtiaz.

Kawad pagi ini dikawal selia oleh Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Penyelia Tugas Khas yang telah dilantik oleh Pihak Yayasan Terengganu. Beliau juga merupakan bekas jurulatih PLKN.

Bermula jam 7.30 pagi, pelajar perempuan terlebih dahulu berkawad sehingga jam 8.30 pagi. Manakala pelajar lelaki bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Ianya menjadi rutin mingguan iaitu minggu di mana pelajar tidak pulang ke kampung.

Tukang Masak Diberi Penghargaan

Pulau Pinang,7 Disember : Pengurusan Sekolah dan Asrama telah bersetuju untuk mengadakan lawatan kepada tukang masak asrama di atas sumbangan tenaga yang telah banyak memberi perkhidmatan kepada pelajar asrama.

Mereka telah dibawa melawat Bukit Bendera dan Kuala Lumpur bermula 6 hingga 8 disember.

Terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi sumbangan untuk sekolah.

Kunjungan Dari SAMT Sultan Hishamuddin, Kelang Selangor

KUALA TERENGGANU , 24 Jun : Seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, kelang Selangor telah tiba di dataran SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi mengadakan sesi lawatan.

Ketibaan mereka jam 9.15 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Guru Displin, Ustaz wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah serta Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Pengawas Asrama.

Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah dibawa ke dewan Asyatibi dan surau Tok Ku Pulau Manis untuk meninjau pelajar sekolah ini menghafaz al Quran.

Mereka juga dibawa melihat galeri sekolah dan asrama Putera dan Puteri.

Lihat gambar selanjutnya DI SINI