Category: Asrama

Hari Asrama 2014

Slide39SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Pada khamis yang lalu , satu program yang dinamakan Hari asrama telah diadakan  dan berakhir pada malam sabtu.

Ianya telah dirasmikan oleh Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani. pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingsn bola sepak,, bola tampar, bola jaring, futsal, sukaneka , jejak maklumat serta busana muslimah.

Program ini adalah bertujuan merapatkan ukhuwwah sesama ahli bilik tidak mengira usia dan darjat. Selain itu, program ini dapat menerapkan perasaan mahabbah, itqan dalam permainan yang dianjurkan. Tambahan pula, aktiviti ini dapat menaikkan semangat antara ahli firqah kerana aktiviti yang dipertandingkan ialah mengikut firqah.

Pihak pengurusan asrama merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua MPA dan MPP yang telah berjaya mengendalikan aktiviti ini.

Slide5Slide10Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2014

Slide22SMIYT KTRG SBT , 5 Januari : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima pelajar tingkatan 1 bagi mengikuti pengajian pada tahun ini.

Kelihatan ramai di kalangan pelajar baru begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan pelajaran di sini yang begitu sinonim dengan pencapaian akademik yang cemerlang disamping menghafaz Al-Quran.

Satu taklimat khas telah diadakan di dewan tengahari tadi yang telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar baru dan juga ibubapa yang menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pilihan untuk anak mereka.

Tahniah dan syabas kepada pelajar baru.

Slide11Slide30Slide26Slide3Slide6Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Malam Anugerah Firqah dan Apresiasi Tingkatan 5

Slide96SMIYT KTRG SBT , 30 Oktober : Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah diadakan malam tadi dengan kehadiran guru serta pelajar.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar yang telah banyak memberi sumbangan terhadap sekolah. Ianya dikendalikan oleh pelajar yang telah menunjukkan prastasi yang cemerlang.

Majlis tersebut juga dihadiri Penolong Kanan Pentadbiran , Penolong Kanan HEM , Penolong Kanan Kokurikulum serta ketua jabatan.

Slide1Slide59Slide125Slide165Slide176Slide76

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

‘ Ops Surau Suci ‘

Slide5SMIYT KTRG SBT , 7 April : ‘ Ops Surau Suci ‘  ini telah diadakan pada 5 & 6 April 2013 yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Ianya bertujuan bagi memastikan surau Tok Ku Pulau Manis ini sentiasa berada dalam keadaan sucu dan selesa.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM yang telah banyak membantu.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam zon barakah dan diberkatiNya.

Slide23Slide31Slide52

Gambarselanjutnya sila klik DI SINI